ads

Isnin, 26 Mei 2014

12 di kajang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


3 foto: detik cemas tangan budak tersepit eskalator <b>di kajang</b>

Posted: 04 May 2014 06:32 PM PDT

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun nyaris 'hilang' tangan kanan selepas tersepit hampir 30 minit pada pemegang eskalator di pasar raya di Jalan Reko, Kajang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa dipercayai menyentuh pada bahagian pemegang tangga bergerak itu sebelum tangannya terheret ke bawah dan tersepit.

Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghentikan pergerakan eskalator itu selain cuba mengeluarkan tangan kanak-kanak terbabit. Bagaimanapun usaha itu gagal menyebabkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dipanggil untuk membantu mangsa.

gambar tangan budak tersepit eskalator kajang

gambar tangan budak tersepit eskalator reko kajang

Ketua Operasi Pegawai Kanan II Mohd Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.56 petang sebelum mengerahkan sembilan anggota bomba dan dua jentera ke lokasi kejadian. Menurutnya, tangan kanak-kanak lelaki terbabit didapati masih tersepit pada pemegang eskalator dan pihak bomba terpaksa menggunakan alat hidraulik untuk melonggarkan eskalator itu.

tangan budak tersepit eskalator reko kajang

"Bagaimanapun tindakan itu gagal, memaksa anggota bomba melakukannya secara manual untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak itu. Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pengumpil di kiri dan kanan tangga eskalator itu sebelum ibu mangsa menarik tangan anaknya itu," katanya dipetik myMetro.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved