Isnin, 19 Mei 2014

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Pesakit bertambah, segerakan bina hospital baru <b>di</b> Tg Karang dan <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 12:15 AM PDT

Oleh: Asri Sapfie

TANJONG KARANG 16 MEI: Kerajaan Pusat digesa mempercepatkan pembinaan hospital baru di Kapar dan Tanjung Karang berikutan peningkatan pesakit di kawasan itu.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, projek pembinaan itu bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

IMG_1365aKatanya, ia disebabkan di daerah Sabak Bernam hingga Kuala Selangor yang hanya mempunyai dua buah hospital yang tidak cukup bagi menampung pesakit.

"Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak seluas 50 ekar di Kapar bagi memastikan projek hospital di kawasan itu dapat disiapkan segera," kata beliau.

Tambah beliau lagi, hospital yang sedia ada di Tanjung Karang hanya menempatkan pesakit yang mengalami kes ringan manakala bagi kes penyakit kritikal mereka terpaksa dibawa ke Hospital Sungai buloh dan Hospital Klang yang lebih jauh.

"Kita masih menunggu dana dari pihak Kementerian Kesihatan walaupun proses pecah tanah telah dilakukan," kata beliau ketika ditemui SelangorKini.

IMG_1335aDr Daroyah juga dalam lawatan itu turut beramah mesra dengan 30 pesakit yang terdiri daripada pesakit kanak-kanak, wanita bersalin dan juga pesakit lelaki sambil menyalurkan sumbangan kerajaan negeri berbentuk hamper makanan kepada setiap pesakit.

Beliau berharap semua hospital sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama bagi membolehkan wakil rakyat kawasan mudah untuk mendekatkan diri dengan pesakit dengan mengadakan lawatan-lawatan seperti ini.

Hadir sama dalam lawatan ini adalah Pengarah Hospital Tanjung Karang Dr. Zamri Saim.

EZY

bersama-sama rakyat bukit <b>kapar</b> dalam program gotong royong <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2014 01:04 AM PDT







Yb Kumpulan 52 ( 5 kaki 2 inci ) turun padang bersama rakyat dlm program gotong royong di Surau Riyadhus Solihin di karyah Sebaya dan juga memantau kerja2 pembersihan parit oleh pihak JPS di Jalan Jaya Setia.
Turut bersama ialah dato2 Ketua Kampung Meru dan Bukit Kapar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads