Ford 3S Centre Opening_3
Sebuah Pusat 3S (jualan, alat ganti dan servis) baharu dilancarkan Ford Motor Company dan rakan niaganya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) bertempat di Klang.

Pusat 3S berkenaan terletak di Persiaran Raja Muda Musa, Klang ini dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baharu merupakan salah satu dari tiga cawangan pusat pengedaran Ford yang diuruskan oleh Semangat Anggun Auto Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusan Pasaran Pembangunan Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman, "Kemudahan yang dinaik taraf ini merupakan bukti komitmen Ford untuk memberikan tawaran servis perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kami."

Pusat 3S Klang ini dilengkapi dengan kemudahan bilik pameran yang dibuka setiap hari, ruangan menunggu selesa dan mesra pengguna untuk pelanggan dengan kemudahan Wi-Fi manakala pusat servis yang dibuka enam hari seminggu ini mempunyai tiga ruang servis yang lengkap dengan peralatan diagnostik terkini Ford dan dikendali oleh mekanik-mekanik terlatik Ford.