ads

Jumaat, 23 Mei 2014

12 di klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


REZQEEN HILL: 10 Orang Suspek Kes Bunuh <b>Di Klang</b> Dicari Polis <b>...</b>

Posted: 19 May 2014 06:00 PM PDT


Polis memburu 10 suspek kes serangan di Taman Sentosa pada Selasa lalu yang mengakibatkan seorang maut, manakala dua lagi cedera parah.Dalam insiden tersebut, seorang pemandu lori yang menghadiri upacara memperingati kematian bapa saudaranya mati ditikam serta ditembak dua das oleh sekumpulan penyerang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek diburu adalah penjenayah berbahaya dan dipercayai masih berada dalam negara.

Beliau berkata, polis mencari S Kartiesa, 29, P Gerald Nathan, 32, V Mohana Sundar, 35, K Porusothaman, 35, A James, 35, S David, 33, P Agilan, 27, S Palanivelu, 28, S Kanageswaran, 27 dan V Veerakumar, 32, untuk bantu siasatan.

"Tiga daripada suspek ada rekod jenayah dan pernah ditahan bawah Ordinan Darurat di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor.

"Sesiapa yang ada maklumat berhubung mereka diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, 03- 33712222 bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar, semalam.

Kamarul Zaman berkata, siasatan menunjukkan suspek terlibat terdiri daripada dua kumpulan tapi tiada kaitan geng kongsi gelap.

Beliau berkata, serangan bermotifkan dendam lama.

"Kumpulan suspek hendak menyerang individu lain yang menghadiri majlis itu, namun mangsa cuba membantu menyebabkan dia turut diserang sebelum terbunuh dalam kejadian," katanya.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi baru-baru ini, berlaku pergaduhan di rumah bapa saudara mangsa, sebelum mereka diserang oleh kira-kira 15 lelaki bersenjatakan parang dan pistol.

Mangsa berusia 31 tahun yang terkena tembakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, manakala dua lagi individu yang juga sepupu mangsa cedera parah dan menerima rawatan di hospital sama.

Susulan insiden itu, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 29 tahun di lokasi kejadian dan merampas sepucuk pistol, lima butir peluru, dua bilah parang serta sebuah motosikal jenis Honda EX5.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved