ads

Khamis, 29 Mei 2014

12 di meru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


Menginap <b>di</b> Hotel Casuarina @ <b>Meru</b> - Norfanil

Posted: 27 May 2014 02:40 AM PDT

Hotel Casuarina Meru Perak

Assalamualaikum..

Minggu lepas #CikNorpa berpeluang mengikut rakan-rakan blogger ke Negeri Perak Darul Redzuan yang di anjurkan Tourism Malaysia.

Sangat lama tak pergi trip dengan rakan bloggers, kali terakhir pun pergi Club Med Cherating. Alhamdulillah berpeluang lagi ke TRIP bersama Sahabat Media selama 2 hari 1 Malam.

Blogger ciknorpa di Hotel Casuarina @ Meru

Selamat datang ke Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh Perak!

Bersama rakan blogger di Hotel Casuarina @ Meru

Bersama rakan blogger Syau Qina dan erk.. Imi kan? hehehe

Sepanjang di Perak kami menginap di Hotel Casuarina @ Meru. Hotel Casuarina baru sahaja di buka 6 bulan yang lepas di bawah kerajaan Negeri Perak yang terletak bersebelahan lebuhraya Bandar Meru Raya Ipoh Perak.

Sesi sidang media untuk memperkenalkan Hotel Casuarina @ Meru di ketuai oleh GM Casuarina @ Meru iaitu En. Malizan Hj Zakaria.

Pemandangan dari tingkat 7 Hotel Casuarian @ Meru

Boleh dikatakan pembinaan Hotel Casuarina @ Meru sangat strategik kerana  bersebelahan dengan Terminal Amanjaya dan Pasaraya Besar Mydin. Kalau jalan kaki dalam 3-5 minit sahaja. #ciknorpa sendiri sempat jugak la singgah Nasi Vanggey bersebelahan Pasaraya Besar Mydin bersama rakan blogger dan turut shopping sakan di Pasaraya Besar Mydin. Haha.. 15 minit pun sempat shopping habis RM70 tau. 2 helai baju, 2 helai tudung.. kekeke.. Lagi tak boleh halang nafsu shopping bila banyak pula sales! hehe..

Untuk penginapan di Hotel Casuarina @ Meru terdapat 5 jenis bilik kesemuanya iaitu Superior, Deluxe, Studio Suite, Family Suite dan juga Premier Suite. Harga? Bagi #ciknorpa masih dalam pertengahan. Tak mahal sangat tak murah sangat.  Hotel Casuarina @ Meru menggunakan design abstract untuk bilik yang disediakan. Simple tapi menarik. Boleh dijadikan inspirasi untuk hias bilik sendiri. Tak caya? Tengok gambar bilik yang #ciknorpa ambil.

Bilik di Hotel Casuarina @ Meru

Ruang Tamu bilik di Hotel Casuarina @ MeruKatil Dua di Hotel Casuarina @ Meru

Hotel Casuarina mempunyai signature dishes sendiri antaranya Ayam Percik, Udang Goreng Nestum, Salmon dan lain lain. Sempat la #ciknorpa rasa kesemua signature dishes yang ada tanpa segan silu. Sedap! Nak nak udang goreng nestum.. Yum..

Chef bersama signature dishes di Hotel Casuarina @ Meru

Signature Dish Ayam Percik di Hotel Casuarina Signature Dish Cucur Udang di Hotel Casuarina Signature Dish Kek Coklat di Hotel Casuarina Signature Dish Salmon di Hotel Casuarina Signature Dish Udang Goreng Nestum di Hotel Casuarina

Hotel Casuarina @ Meru juga mempunyai Executive Club untuk santai termasuk nyanyian band yang di buka setiap petang hingga ke malam. Bahagian luar Executive Club terdapat tempat santai terbuka untuk pengunjung.

Ruangan open air di Hotel Casuarina @ Meru

Untuk mereka yang rasa nak bercuti di Meru Ipoh Perak boleh la menginap di Hotel Casuarina @ Meru. Bilik yang selesa, banyak kemudahan disediakan seperti gym dan juga menu makanan yang menarik seperti Mee Kicap.

Ha.. Bercakap pasal Mee Kicap, setiap hari Hotel Casuarina @Meru menyediakan makanan yang berbeza. Siap ada tema lagi. Nak tema mana? Taj mahal? Banana leaf? atau Around the World? .. Boleh check menu dan tema yang #ciknorpa senaraikan ni..

  • Isnin - Taj mahal (Indian Cuisine)
  • Selasa - Greate Wall Of chinese (Chinese cuisine)
  • Rabu - Banana Leaf (Curry House Of cuisine)
  • Khamis - Selera kampung (Malay Cuisine)
  • Jumaat - Pisa ala mamia (Italian Western Cuisine)
  • Sabtu - Sizzling, BBQ & SteamBoat.
  • Ahad - Around The World

Comments

comments

About the author: Penulis berkecimpung dalam dunia blogging bermula tahun 2008 sehingga sekarang. Seorang co-writer di Myselera Masih lagi menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Perakaunan. Ingin beriklan, review produk, makanan atau travel? boleh hubungi terus [email protected]… by : Norfanil

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved