ads

Selasa, 13 Mei 2014

12 di pandamaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di pandamaran - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2014 01:54 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2014 01:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jan 2014 01:50 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Dec 2013 01:31 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Oct 2013 01:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2013 01:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

video Bangla dan myanmar kena belasah <b>di pandamaran</b> <b>...</b>

Posted: 06 May 2013 03:20 PM PDT

Sebuah bas dikesan membawa myanmar dan bangla di Pandamaran,klang, 5,5,2013. Bas tersebut berjaya ditahan dan semua penumpang diarahkan turun daripada bas.

Orang ramai yang berada di situ mengumpulkan mereka di dalam sebuah bangunan yang kelihatan seperti restoran.

Orang ramai meminta mereka mengeluarkan kad pengenalan. Kedengaran suara "ambil ic, ambil ic!!!"

Dalam perjalanan dari bas ke banguan tersebut kelihatan satu aksi pukul-memukul berlaku.

 Sambil-sambil tu mohon jengok  POLL "kami mahu TS Khalid MB Selangor" kat atas tu dan sila undi.- terima kasih

kredit video meshmesh
Dua lagi video menunjukkan Bangla dan Myanmar

charles santiago, ahli parlimen dap kelang <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 11 Nov 2013 05:30 AM PST

Pembinaan berhala besar di Pandamaran cuba dijadikan lelucon oleh Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelang yang menganggap berhala besar di Pandamaran tersebut sebagai HASIL KERJA SENI YANG MENGKAGUMKAN.

Selama ini, masyarakat Islam tidak pernah membuat rungutan atau menentang sebarang pembinaan berhala atau rumah ibadat masyarakat bukan Islam, tetapi sikap bermegah-megah yang ditunjukkan oleh pemimpin kafir tersebut, nyata sebenarnya bertujuan untuk mengguris perasaan umat Islam dan mencabar kuasa DYMM Sultan Selangor.

Adakah sikap bermegah-megah ini merupakan sindiran kepada kehilangan kuasa orang Melayu-Islam di Selangor setelah orang Melayu-Islam Selangor banyak bertolak ansur untuk menjadikan Selangor sebagai negeri termaju dan terkaya di Malaysia?

Tiada apa-apa yang dapat dilakukan di Selangor lagi nampaknya. Umat Islam dan orang Melayu terpaksa menerima segala jenis penghinaan yang dilakukan oleh kaum kafir kerana majoriti daripada orang Melayu-Islam di Selangor menyokong kuat Pakatan Rakyat.

Umat Islam di Selangor sudah lama membenarkan kewujudan berhala besar untuk Hindu di Batu Caves, gereja Kristian di Bukit Jalil dan kini berhala Buddha di Pandamaran. Cuma masjid terbesar dengan jumlah jemaah teramai dan sentiasa penuh sepanjang masa sahaja yang belum ada... BACA SAMBUNGAN DI SELANGOR CHRONICLE.

memalukan !!! pemilihan pkr <b>di</b> selangor....kecoh & haru biru

Posted: 11 May 2014 07:02 AM PDT


Hari ini, proses pemilihan dijalankan di Selangor. Selangor merupakan negeri terakhir yang menjalankan proses pemilihan untuk jawatan-jawatan utama dalam PKR. Bagaimanapun, proses pemilihan di seluruh Selangor tidak berjalan lancar apabila sekurang-kurangnya 5 Cabang telah dibatalkan pemilihannya.


Kelima-lima Cabang tersebut adalah Kelang, Sabak Bernam, Subang, Kuala Selangor dan Sungai Besar. Kesemua Cabang-Cabang tersebut telah diarahkan untuk menunda proses pemilihan masing-masing ekoran timbul pelbagai masalah. 
Di Kelang, satu pertengkaran telah tercetus di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang pada jam 12:15 tengah hari sehingga 12:30 tengah hari. Calon-calon Ketua Cabang iaitu Arayah Ibrahim, Zudin Asmah dan P.Krishnasamy telah melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap wakil JPP. Calon-calon telah meminta agar pengundi pada hari ini dibatalkan dengan alasan nombor siri daftar pengundi tidak sama dengan senarai yang ada pada calon dengan senarai JPP.
Seorang lagi calon Ketua Cabang, Yew Boon Lye tidak menghadapi sebarang masalah atau rungutan. 
Perbincangan selama 10 minit kemudiannya telah merumuskan bahawa kedua-dua belah pihak bersetuju, pemilihan diteruskan dan semakan secara manual (8 kaunter) iaitu dengan berpandukan kepada nama dan nombor kad pengenalan, tidak lagi berpandukan kepada nombor siri buku daftar pengundi. 
Seramai lebih kurang 300 orang ahli sahaja daripada 700 orang ahli yang hadir semenjak jam 10:00 pagi telah berjaya melaksanakan pembuangan undi. 
Jam 12:50, 3 daripada 4 calon Ketua Cabang (kecuali Yew Boon Lye) masih tidak berpuas hati dengan penjelasan JPP dan berkeras meminta agar proses pengundian dihentikan. Calon-calon dan para penyokong masing-masing seterusnya berkumpul di hadapan pintu masuk utama Kompleks Sukan Pandamaran untuk melakukan protes. Protes itu menyebabkan proses pengundian tergendala seketika. 
Sekali lagi perbincangan dilakukan. Pihak JPP telah membenarkan proses pengundian diteruskan tetapi calon-calon Ketua Cabang yang tidak berpuas hati telah menghalang mana-mana pengundi daripada masuk mengundi. 


Jam 1:40, JPP gagal membuat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan proses pengundian atau sebaliknya. Sementara itu, Shariff Ghaey, calon Timbalan Ketua Cabang telah membuat pengumuman dengan membelakangkan JPP dengan memaklumkan, proses pengundian telah dibatalkan dan meminta semua yang hadir untuk balik ke rumah masing-masing. Ekoran itu, sebahagian besar pengundi dilihat meninggalkan kawasan Dewan. Yang masih tinggal hanyalah lebih kurang 80 orang ahli sahaja. 
Jam 2:08 petang, JPP akhirnya terpaksa mengumumkan, pengundian dibatalkan dan tarikh pemilihan yang baru akan dimaklumkan kelak. 
Di Sabak Bernam, kekecohan turut berlaku antara penyokong. Kekecohan dikesan bermula pada jam 12:20 tengah hari di Sabak Bernam Mini Convention Centre, Sabak Bernam apabila jentera kempen Dr. Aziz Bari yang diketuai oleh seorang lelaki bernama Ali, bertindak menukar kertas 'chai' yang dipegang oleh pengundi kepada 'chai' Dr. Aziz Bari, khususnya di kalangan pengundi-pengundi buta huruf. 
Turut juga dikesan adalah tindakan Harikumar, Setiausaha Cabang dan penyokongnya yang menukar kertas 'chai' pengundi. Tindakan ini telah menyebabkan berlakunya protes di kalangan ahli-ahli lain dan perang mulut tercetus. 
Lebih kurang jam 12:50 tengah hari, JPP mengumumkan proses pemilihan dibatalkan dengan alasan berlaku unsur penipuan. Pengundi diarahkan keluar dari pusat pengundian. Kesemua calon Ketua Cabang kemudiannya membuat bantahan kepada JPP dan mendesak agar proses pengundian diteruskan. 
Sekali lagi kekecohan berlkau dan JPP akhirnya memaklumkan kepada JPP Pusat yang mengeluarkan arahan agar proses pemilihan pada hari ini dibatalkan dan pemilihan yang baru akan ditunda kepada suatu tarikh yang diberitahu kelak.

Di Subang juga, proses pemilihan yang dijalankan di Dewan Meranti, Bandar Baru Sungai Buloh terpaksa dibatalkan. Antara sebab-sebab yang menyebabkan proses pemilihan dibatalkan adalah: 

- seorang individu dilihat memegang peti undi kerana tidak berpuas hati dengan proses pengundian. 
- pengundi luar kawasan Subang (pengundi hantu) berjaya dikesan membuang undi di situ. 
- ahli parti mendakwa tiada nama dalam daftar mengundi. 
- ahli masih dibenarkan mengundi walaupun tidak membawa atau mempunyai kad pengenalan. 
- seorang individu berusia lebih kurang 60 tahun dikesan memegang kertas undi AMK sedangkan kertas undi AMK hanya layak kepada golongan muda. 
- senarai percalonan 'chai' dari kumpulan Sivarasa Rasiah dikesan diletak pada setiap meja pembuangan undi. 
Di Kuala Selangor, proses pemilihan turut dilanda kekecohan apabila pada jam 2:00 petang, JPP yang diketuai oleh Zainal Abidin Abdul Samad telah membatalkan proses pemilihan kerana terdapat bukti bergambar serta video berkaitan petugas pemilihan yang sepatutnya berkecuali, tetapi telah membantu pengundi memangkah calon Ketua Cabang, S.Manikavasagam. Semua ahli dan pihak media telah dihalau keluar dari dewan.
Ekoran kejadian tersebut, berlaku pertengkaran antara penyokong S.Manikavasagam dengan pihak JPP. Walau bagaimanapun, keadaan di dalam dewan kembali tenang dan semua pihak akur dengan keputusan JPP. Sebahagian besar ahli telah beredar dan ketika artikel ini ditulis, hanya lebih kurang 50 orang penyokong Khalid Ibrahim serta S.Manikavasagam yang masih berkumpul di khemah masing-masing. 
Di Sungai Besar juga, proses pemilihan terpaska ditangguhkan apabila berlaku bantahan daripada Suraimi Sukir, calon Timbalan Ketua Cabang yang mendapati namanya hilang dari kertas undi. Beberapa aduan dan bantahan terhadap calon bertanding dan JPP yang membantu atau menunjukajar kepada hali cara membuang undi yang didakwa terdedah memihak kepada calon-calon tertentu, turut kedengaran. 
Jam 3:10 petang, Hashim Mohd Amin mengumumkan proses pengundian dibatalkan kerana aduan-aduan yang dibuat adalah berasas. 
Proses pemilihan dan pengundi di Puchong juga tidak terlepas daripada kekecohan. Proses pemilihan yang telah bermula pada jam 11:00 pagi dengan kehadiran seramai lebih kurang 1,300 orang pada mulanya berjalan lancar. Bagaimanapun semasa proses pengundian sedang berjalan, telah berlaku kekecohan ekoran salah faham melibatkan S.Murali, calon Ketua Cabang yang memasuki dewan pemilihan. Tindakannya telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan calon-calon lain yang turut mempertikaikan mengapa S.Murali, selaku seorang calon boleh masuk ke dalam dewan, sedangkan calon-calon lain tidak dibenarkan. 
JPP bagaimanapun berjaya mengawal keadaan. 
Di Petaling Jaya Selatan pula, proses pemilihan terpaksa dihentikan pada jam 2:00 petang kerana komputera tidak berfungsi untuk membuat semakan pemilih. Turut dikesan adalah bantahan apabila ada nama ahli tiada dalam daftar pemilih. 
JPP masih lagi bermesyuarat untuk memutuskan sama ada pemilihan perlu diteruskan atau sebaliknya. 
Di Shah Alam pula, satu insiden pergaduhan telah tercetus antara jam 11:40 sehingga 11:45 pagi tadi di pekarangan dewan mengundi melibatkan petugas-petugas peraih undi dari kumpulan Yaakob Sapari dengan kumpulan Rodziah Ismail. Semuanya berpunca apabila Rodziah Ismail mengambil masa terlampau lama di dalam dewan mengundi. Keadaan bagaimanapun, kembali reda setelah ditenangkan oleh petugas-petugas yang lain. 
Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan. 
Di Kuala Langat, proses pembuangan undi yang dijalankan di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang telah menyaksikan kekecohan dan pertengkaran dari jam 11:00 pagi sehingga jam 1:30 tengah hari. 
Kejadian dikatakan berpunca daripada tindakan beberapa orang lelaki Melayu pro-Abdullah Sani bin Abdul Hamid, calon Ketua Cabang yang telah masuk ke dalam dewan tanpa kebenaran petugas. Tindakan mereka telah ditegur oleh seorang lagi calon Ketua Cabang, Radhakrishnan a/l Nallusamy yang khuatir kemungkinan berlakunya perbuatan sabotaj. 
Keadaan bertambah tegang apabila sekumpulan lelaki India yang pro kepada Radhakrishnan mula masuk ke dalam dewan menyebabkan telah berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua belah pihak. Semasa kejadian, terdapat seramai lebih kurang 50 orang ahli berada di dalam dewan. Namun begitu keadaan dapat dikawal oleh petugas-petugas. Setelah perbincangan diadakan di antara calon-calon Ketua Cabang, maka mereka mengambil keputusan untuk meneruskan proses pengundian. Masa untuk membuang undi juga telah ditambah satu jam dan akan ditutup jam 6:00 petang.
Credit : The Selangor Chronicle

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved