ads

Khamis, 8 Mei 2014

12 di shah alam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


d&#39;kayangan buffet steamboat & bbq terbaeeekk <b>di shah alam</b>

Posted: 10 Apr 2014 07:41 AM PDT

Hari ni Kak Pilla nak bawak u olls gi makan pulak.. Amik tissue siap-siap sebab takut meleleh ailio korang hahaha.. aku yang tengah type ni pon boleh tertelan-telan ailio ni hah.. 
Berita baik untuk penggemar steamboat dan BBQ ye.. Kalau korang pernah makan kat seoul, ni lebih kurang jugak.. tapi ni lebih kemelayuan lah.. dah tentu owner melayu kannn.. Cerita banyak pon tak guna.. Sebab motif entry ni lebih kepada nak bagi korang slurrpp slurrppp slurrppppp hahaha..
Ini pandangan dari hadapan.. Sebelum pergi sini, aku refer alamat, aku bayangkan restoran ni kat shoplot biasa je.. sekali sampai, tekejut sebab besar gila rupanya.. meriah plak tu.. 

Nak makan kat dalam boleh, kat luar pon boleh.. dah macam buffet berbuka puasa plak meriahnya.. 

untuk pengetahuan u olls, restoran D'Kayangan ni dah pernah dilawati oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3.. patut lah meletops!

Don't play-play, dalam suratkhabar Sinar Harian pon dah keluar jugak.. memang terbaek ;)

So meh Kak Pilla ajar korang ye..kalau pegi sini.. ada 2 set yang korang boleh pilih.. Tapi dah alang-alang tu.. baik amik Set1.. sebab sizzling grill tu lah yang sedap ok.. marinate dia tu diberi pujian oleh Chef Fillanie. ko ada? hahaha
Harga pon sangat reasonable.. cuma RM33nett and all u can eat.  mampu ngan tak mampu je nak habiskan hahah.. 

boleh check #dkayangansteamboat kat instagram untuk menjamu mata.. jamu mata jelah.. if nak jamu tekak kena lah datang hehe.. 
Ok, dah sediakan tissue ke belum? ni nak mengganas tayang gambar ni..  

Ada banyak bahan mentah yang disediakan, lengkap dengan marinate sekali.. ikan keli tu super sedap.. ikan pari pon sedap.. 

seafood lover, tempat ni memang heaven.. udang, ketam, sotong, kerang, lala, ngan apa tu yang panjang2 tu aku tak reti nama dia.. warna hijau ni apa? kupang yeh? pon sedap.

fishball, fishcake, chicken ball dan macam-macam lagi... dan jangan risau, bekas-bekas ni akan selalu refill.. aku ni cukup tak suka kalau kata buffet tapi nak refill je lembap satu macam.. kat sini alhamdulilah tak berlaku.. 


pilih jangan tak pilih.. ketam tu paling win lah.. aku kan tak gila sangat ketam.. tapi ketam ni punya marinate tu sedap.. bila ko grill pastu makan.. isi dia fresh dan manis.. ai like ;)

Aku bawak Sofea and Sabrina jugak.. senang bawak anak dara ni.. nanti Kak Pilla tak yah bangun.. kita suruh anak dara je gi amik-amik food hahahahahha.. 

Bukan setakat tu je.. macam-macam lagi makanan yang ada.. Nasi goreng, Mee goreng, Kueyteow goreng.. Nasi putih, Kari ayam.. pon ada!!!! 


Pelbagai jenis mee disediakan jugak.. mee bulat, mee gulung, mee magi, mihun.. untuk steamboat ;)

Pelbagai jenis sos turut disediakan.. blackpaper sauce sodap ;)

buah-buahan dan dessert turun disediakan






Arghhhh banyak kan pilihan? semua ada.. tu pon terlepas plak nak snap.. ada Nescafe panas dan Air Oren jugak.. Ambik je buat macam rumah sendiri ;)

ni ntah berapa kali trip dah ni.. 

Amaani ngan Kasih suka benda star ni.. 

Acara memasak pon bermula.. Sambil masak, sambil berbual-bual sesama kita.. kalau pergi dengan family pon best sebab sambil makan, boleh enjoy masak-masak, borak-borak... 

Kak Nana pon join malam tu.. 

Hah gaya Kak Pilla memang mak tiri sikit kahkahkahhhh... sambil masak pon nak kecoh.. Eh napa muka korang stress ni sambil masak? hahaha.. Sofea ngan Sabrina tu kerut kemain lagi.. tak biasa masak lettew.. hahaha.. dah lecture diorang ni dalam kereta.. korang kene belajar masak dari sekarang.. nanti dah kawin senang.. amboi makcik-makcik sangat dah Kak Pilla.. dulu aku couple ngan Pak Radie.. Sofea tu baru 7 bulan kot? now dah nak SPM dah next year.. gila tak makcik dah aku ni? 

Amboi gigih sangat nak memasak hahaha

Kasih memang suka noodle2 macam maggi ni.. 

ni Amaani yang snap.. blur plak tu.. tapi boleh lah janji masuk dalam gambar ;)

Kuah ada 2 jenis.. Sup Ayam atau Tom Yam.. boleh mintak refill kalau habis.

Auwwwwww sotong tu terbaekkkk... fresh :)

Aleesya dari mula sampai ke sudah tak bangun-bangun.. tido je kat situ.. 

besar jugak lah dalam ni.. kat luar pon luas jugak.. 
Orang pon dah ramai dah balik.. Kak Pilla biasalah, sembang memang sampai besok pon boleh.. 

Bahagian luar restoran..  Oh ya, D'kayangan steamboat ni betul-betul bertentangan dengan Restoran Tupai-Tupai kat Section 13, Shah Alam.
Terima kasih En. Arif kerana sudi menjemput Kak Pilla untuk menjamu selera di Restoran D'Kayangan nie.. Keseluruhannya, akak memang berpuas hati dengan food dan layanan di sini.. Semasa makan di sini, Kak Pilla sempat jugak menjeling-jeling tengok pekerja mereka bekerja.. cepat dan tangkas.. takde yang jalan tehegeh-hegeh.. semua bekerja dengan laju.. makanan basah semua direfill dengan segera.. Cuma hari yang Kak Pilla pergi tu agak crowded sikit mungkin sebab Sabtu malam.. tu yang harus diberi pujian.. walaupun customer ramai, tapi tiada kekurangan dari segi service dan makanan *thumbs up*

Boleh usha hashtag #dkayangansteamboat kat ig.. ada muka Kak Pilla kat situ.. 

Berita baik juga untuk student.. So students kat UiTM Shah Alam dan kolej-kolej swasta yang kat Shah Alam tu.. jangan lepaskan peluang ye.. bawak je ID card korang tu.. 
Restaurant Steamboat BBQ D'kayangan
Sri Acapella Servis Apartment
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m, Seksyen 13
GPS Coordinates: N3.088301 E101.54794 Shah Alam
Operation Hour: 6.00pm - 12 am (Everyday)
Tel: 012-2971091 /  012-3970091 / 03-55234979 (sila call untuk reservation) 

Love, 
Filla.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved