ads

Selasa, 3 Jun 2014

12 di subang jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


Polis: Indeks Jenayah <b>Subang Jaya</b> turun 18% | Selangorkini

Posted: 13 May 2014 11:00 PM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 14 MEI : Hasil kerjasama erat antara orang ramai dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Subang Jaya bersama Polis berjaya menurunkan kadar jenayah di beberapa kawasan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata setakat ini terdapat penurunan sebanyak 18 peratus bagi jenayah indeks secara keseluruhannya sehingga 11 Mei lalu.

polis bantuanKatanya kejayaan memberangsangkan itu tidak mampu dicapai sekiranya masyarakat tidak mempunyai kesedaran untuk membantu Polis mencegah serta membanteras jenayah.

"Setakat ini ada penurunan 18 peratus untuk jenayah indeks keseluruhan, sementara kes pecah rumah menunjukkan penurunan hampir 30 peratus.

"Ini adalah hasil yang diperoleh berdasarkan bentuk kerjasama erat yang kita jalankan bersama agensi kerajaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan orang ramai untuk mencegah dan mengawal jenayah di Subang Jaya," katanya pada Majlis Penutup Program Belia Madani Cegah Jenayah di The Summit, semalam.

Dalam pada itu, Yahaya turut menyambut baik pelaksanaan program anjuran MPSJ yang menggalakkan belia untuk giat mencegah jenayah sebagai salah satu usaha membantu pihak polis.

Katanya belia adalah golongan terbaik untuk menyampaikan wadah kepada orang ramai bahawa jenayah perlu ditangani bersama dan menjadi tanggungjawab semua pihak.

"Program ini merapatkan hubungan Polis bersama peserta (belia), jadi bila mereka bekerjasama, mereka tidak segan dengan anggota polis.

"Ia juga membolehkan belia membantu untuk Polis cegah jenayah secara keseluruhan kerana golongan inilah paling terbaik (bantu kita cegah jenayah)," katanya lagi.

EZY

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved