ads

Sabtu, 4 Jun 2011

12 di kuala selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


My Life In Mono: Memburu Nasi Ambeng <b>Di</b> Warung Ibu, <b>Kuala Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 26 May 2011 07:51 PM PDT

Selamat Sejahtera Semua!!

Oklah, orang tua kata kalau kita tak sempurnakan niat dihati, nanti akan kempunan. Lagi-lagi bab makanan ni. Betol tak? So, bagi orang yang kuat makan ni, memang sangat percaya dengan benda ni semua! Hahaha... Dengan harapan dapat memuaskan nafsu makan walaupun destinasi jauh di rantau mana agaknya!

Meleleh sekarang!

Dijadikan cerita, aku sanggup pergi ke Kuala Selangor semata-mata untuk merasa nasi ambeng yang di katakan sedap tu.. Maklumlah, bila dah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, memang aku kenalah merasa sendiri. Hahaha... Dan hasilnya, hujung minggu lepas, dalam kepanasan dan kelaparan, gigih ke Kuala Selangor untuk mencari sepinggan nasi ambeng superb tu!

Dalam pukul 3 petang baru sampai ke destinasi yang dituju. Oleh kerana aku takde GPS, maka sebelum keluar rumah kenalah Google Map dulu. Hasilnya aku tidak sesat! Hahaha... Tak susah pun nak cari, kedai ni terletak di jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang. Kalau dari Kuala Selangor warung ni kat sebelah kanan. Takkan sesat punya! Hahaha... 


Ok! kami datang bertiga, semua order nasi ambeng. Sepinggan dalam RM6.50 je ok! Dan portionnya, korang tengoklah sendiri! Memula macam tak mampu nak habiskan sorang! Tapi bila dah tengok nasi yang seksi macam tu! Kahkahkah.. Licin licau jadi! 

Eh lupa nak bagitahu. pada sesiapa yang tak tahu, nasi ambeng ni makan orang jawa. jawa Selangor ada, jawa Johor ada. Kiranya ini memang makanan beridentitikan masyarakat jawa. Nasi ambeng ini WAJIB disertakan dengan beberapa lauk, macam kat atas tu, ada ayam goreng atau ayam kicap, sambal goreng, serunding kelapa dan juga mee goreng! Ini kira dah lengkaplah!


Penilaian rasa.................. Sila datang dengan perut lapar ok! Dan rasai kenikmatan sejati nasi ambeng orang jawa piau punya! Percayalah, ini antara yang terbaik aku pernah makan! Paling sedap serunding kepala dan sambal goreng. Memang terbaik! You cannot get any better than this! Makan berpeluh-puluh uolllss!! Peh, memang berbaloilah perjalan melebihi 100km prgi balik semata-mata nak makan sepinggan nasi ni!

p/s : Tak payah berangan nak masak sendiri. Remeh lauk banyak-banyak ni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved