12 di petaling jaya - Google Blog Search |
Pelajar mudah mendapatkan arak <b>di Petaling Jaya</b> | MummyNemo [dot] com Posted: 24 May 2011 07:50 PM PDT No of View :352
"Sudah berkali-kali dimaklumkan ada di antara pelajar sekolah mendapatkan bekalan minuman keras di situ, namun sehingga kini apa yang saya lihat golongan itu terus bebas keluar masuk ke premis berkenaan setiap kali tamat sesi persekolahan. "Premis itu terletak berdekatan kawasan perumahan serta sebuah sekolah, jika pelajar semuda 16 tahun bebas mendapatkan minuman keras, saya khuatir perbuatan mereka ini akan menjadi ikutan pelajar lebih muda," katanya kepada Sentral. Dinesh mendakwa, seorang rakannya yang sering ke premis itu memaklumkan pemilik kedai berkenaan mungkin mendapat bekalan minuman keras bebas cukai kerana berupaya menjualnya lebih murah, menyebabkan golongan pelajar terus menjadikan premis itu sebagai tumpuan."Daripada pemerhatian saya, ada minuman keras yang biasanya dijual sehingga RM100 di premis lain, tetapi boleh didapati dengan harga kurang RM80 di premis itu. "Keadaan ini mungkin menyebabkan kedai itu terus menjadi tumpuan pelajar," katanya. Dalam masa sama, Dinesh berharap agensi berwajib di kawasan itu dapat menjalankan pemeriksaan bagi mengenalpasti sama ada mereka diberi kebenaran menjalankan perniagaan minuman keras. "Setahu saya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meluluskan permohonan penjualan minuman keras jika premis terbabit didapati menjalankan perniagaan terlalu hampir dengan sekolah. "Sebaliknya, dalam kes ini, premis itu hanya terletak kira-kira 500 meter saja daripada sekolah menengah lelaki," katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zainun Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membawa isu membabitkan premis minuman keras itu ke mahkamah secepat mungkin selepas pemiliknya gagal mematuhi arahan dikeluarkan MBPJ. Zainun berkata, pihaknya pada awal tahun ini tidak meluluskan permohonan lesen perniagaan dibuat premis minuman keras itu kerana didapati menjalankan perniagaan berhampiran sekolah. "Kami sudah menghantar satu lagi notis mengarahkan premis itu menghentikan operasinya dengan segera, malangnya mereka terus berdegil, menyebabkan permasalahan ini akan dibawa ke mahkamah," katanya. nota kaki : Dengar2 Malaysia menduduki ranking ke 10 dunia dalam kes jumlah peminum arak…hebatkah atau bagaimana pendapat anda? Related posts:
|
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan