ads

Isnin, 20 Jun 2011

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


DATO&#39; MENTERI BESAR LAWAT RAKYAT <b>DI SEPANG</b>

Posted: 12 Jun 2011 08:41 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR

11 JUN  2011

DATO'  MENTERI BESAR LAWAT RAKYAT DI SEPANG

Dato' Menteri Besar Tan Sri Khalid telah meluangkan satu hari di daerah Sepang bersama rakyat sempena Progam Khas Mesra Rakyat di seluruh Selangor yang bertujuan mendekati rakyat serta memahami dan menyelesaikan masalah mereka.

Beliau memulakan program di Sepang dengan Program Perhimpunan Pagi dan Dialog di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, bersama kakitangan kerajaan serta pemimpin tempatan termasuk pegawai kerajaan, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuaan Kampung (JKKK) di Sepang.

Dalam sesi dialog tersebut, Menteri Besar memberi penerangan mengenai dasar-dasar baru, terutamanya dasar yang bertujuan memudahkan sistem pentadbiran dalam isu-isu tanah.

"Di bawah Skim Pemilikan Tanah Persendirian, rakyat yang ingin memiliki tanah atau rumah secara sah kini ada pillihan untuk membayar RM 1,000 sahaja sebagai premium. Bayaran penuh premium hanya akan dikenakan sekiranaya tanah atau rumah tersebut dijual kepada pihak ketiga yang bukan ahli keluarga," kata beliau.

Turut diperkenalkan adalah sistem pentadbiran tanah yang berasaskan sistem data komputer yang akan meringankan beban pegawai kerajaan dalam penyimpanan fail-fail tanah seperti sedia ada.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menambah baik pengendalian Skim Mesra Usia Emas dengan mewujudkan satu program baru dimana baucer pembelian barangan makanan akan diberi kepada warga emas.

"Kita lakukan begini kerana warga emas walaupun gembira dengan skim khairat kematian sebanyak RM2,500, namun begitu mahu menikmatinya sewaktu masa hidup. Oleh yang demikian, kita akan lancarkan program 'Jom pergi shopping bersama ADUN'. Bagi warga emas yang menyertainya akan dibawa ke hypermarket di mana mereka akan diraikan serta diberi baucer untuk berbelanja. Syarikat besar seperti Tesco, Giant dan Econsave telah menyatakan keinginan untuk turut serta dalam program ini," kata beliau. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM5 hingga RM 10 juta untuk menjayakan inisiatif ini.

Dato' Menteri Besar turut serta dalam dialog bersama lebih 4,000 rakyat di Dewan Orang Ramai Dengkil di mana rakyat berpeluang mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi terus kepada Menteri Besar. Dalam ucapan beliau, Dato' Menteri Besar mengulangi komitmen beliau terhadap menjunjung amanah yang diberikan oleh rakyat, iaitu untuk mereformasikan kerajaan negeri.

"Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah untuk manfaat semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama, atau kecenderungan politik," tambah beliau. Di Dengkil, Dato' Menteri Besar menyampaikan bantuan MES kepada peserta Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor serta menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Sebelum itu, beliau telah menunaikan solat jumaat bersama rakyat di Masjid As-Syakirin, Kg. Labu Lanjut dan seterusnya menjamu selera bersama lebih kurang 300 penduduk. Seterusnya beliau turut melawat pengusaha industri kecil dan sederhana di Kampung Sungai Buah.

Kemuncak program tersebut adalah ceramah perdana berkenaan pencapaian negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, dimana penasihat ekonomi negeri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan ucapan.

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program demi membela kebajikan rakyat terutama program pemilikan rumah serta pembinaan rumah mampu milik.

"Ini sebenarnya bukan kewajipan kerajaan negeri kerana kewangan kerajaan negeri mempunyai kekangan. Namun demikian, kerajaan negeri Selangor terpanggil untuk lakukan projek perumah mampu milik kerana kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian. Jadi saya ingin mengucapkan syabas kepada Tan Sri Khalid," kata Anwar kepada lebih kurang 1,000 hadirin di ceramah tersebut.

Sepang adalah daerah ketiga yang dilawati sempena Progam Khas Mesra Rakyat selepas Klang dan Hulu Langat. Beliau dijangka melawat Hulu Selangor pada Julai depan.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved