Khamis, 23 Jun 2011

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


“Jelajah Selangor, Tawan Malaysia, ke <b>Sungai Buloh</b>!!!” – Jelas <b>...</b>

Posted: 26 May 2011 04:11 AM PDT

Kadang-kadang di masa lapang, saya akan merayau-rayau di internet untuk mencari cerita-cerita lucu untuk menghiburkan bacaan saya. Tiba-tiba mata saya terpaku pada satu tajuk di sini. Melihat tajuknya saja, ketawa saya terus memecah kesunyian malam! Hampir berguling-guling saya di depan notebook! Memang saya tak sangka bahawa editor laman web ini begitu kreatif untuk mengenakan "boss"nya.

Tajuknya "Jelajah Selangor Tawan Malaysia ke Sungai Buloh"! Bahagian yang "ke Sungai Buloh" paling mencuit hati saya! Ke Sungai Buloh..?!!! Bukankah Anwar "allergic" ke dengan kawasan Sungai Buloh? Dengan perkataan "Sungai Buloh" pun dia sudah "kecut teloq"nya, apatah lagi nak masuk kawasan itu! Silap-silap mahu meraung dibuatnya.

Kempen tu diorang panggil "Jelas". Mungkin diorang nak jelaskan bagaimana DNA Anwar ada dalam bontot Saiful? Atau diorang nak jelaskan tentang kehilangan jam tangan OMEGA milik Anwar yang tiba-tiba "ghaib" dari simpanan Kak Wan? Jelaslah diorang cuba nak menipu rakyat lagi…! Hati-hati wahai rakyat, fitnah mereka busuk bak bau bangkai, siapa yang tercium akan mati jiwanya…!

PKR nak jelajah Selangor, untuk menawan Malaysia dan terus ke Sungai Buloh? Opsss! Nak jelajah Selangor buat apa? Dengan jelajah Selangor saja boleh tawan Malaysia? Yakin betul nampak?! Nak tanya sikit, yakin ke dapat pertahankan Selangor? Yakin? Muktamad bahawa Selangor akan kekal dibawah Pakatan Haram? Kita tunggu PRU 13 nanti, siaplah rakyat Selangor ajar Khalid dan DAP cukup-cukup!

Rakyat Selangor sendiri dah serik dengan Pakatan Haram. "Khalid jadi boneka DAP", bukan saya kata, itu kata orang kuat PKR Selangor! Kebanyakkan rakyat sudah nampak betapa teruknya Selangor di bawah Pakatan Haram. Mereka dapat melihat bagaimana DAP dan PKR sudah "naik tocang"! Jelajahlah seluruh negeri Selangor, itulah jawapan yang mereka akan dapat.

Bukan setakat itu saja, malah kes-kes yang membabitkan Anwar pun sudah cukup untuk rakyat Selangor berpatah arang dengan seluruh Pakatan Haram itu. Meskipun Anwar dari PKR, namun "dosa"nya itu turut terpalit kepada DAP dan PAS yang "bersetubuh" dengan Anwar! Kes-kes berkenaan dikhabarkan cukup menyakinkan rakyat bahawa Anwar "sudah mati" dalam ingatan mereka. Dalam bahawa orang putihnya, "Anwar is dead"!

Itupun mereka ada hati nak tawan Malaysia? Harap mereka cermin dulu mereka, belek-belek muka lama-lama sedikit, maka mereka akan melihat kenyataan bahawa mereka hanyalah segerombolan penipu bodoh yang cuba menipu rakyat dengan cara yang bodoh! Paling jauh pun yang mereka mampu pergi ialah ke "puduraya", untuk ke Putrajaya rasanya mereka hanya mampu menelan air liur saja.

Manakan tidak? Sebelum cita-cita mereka tercapai, berkemungkinan besar "dewa" mereka akan berpindah dan bermastautin di Sungai Buloh. Jika tidak di Sungai Buloh, mungkin pemimpin "anugerah Tuhan" mereka itu akan singgah ke "rumah" yang lebih kurang sama bentuknya yang terdapat di Sungai Buloh. Itu rumah terbaik dan paling layak buat "Sivaji" mereka itu.

Kemudian, mereka akan kehilangan "teraju", dan nasib mereka bagai "layang-layang terputus talinya". Siapa nak jadi Perdana Menteri? DAP nak bagi PAS jadi Perdana Menteri? Jangan haraplah! DAP dan PAS rasanya akan bergaduh teruk! Ketika itu, barulah mereka tahu siapa kawan, siapa lawan…

Begitu caranya Pakatan Haram nak tawan Malaysia? Jangan mimpilah! Elok pergi pertahankan Kelantan. Silap-silap PRU 13 nanti, Kelantan pun mampu dirampas BN. "Ore Kelate pun doh tok se denge PAS dohhh..!". InsyaAllah, BN akan kembali mendapat mandat 2/3 di Parlimen pada PRU 13 nanti. Asalkan Pak Lah dan KJ tak sabotaj, sudah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads