Khamis, 14 Julai 2011

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


[Sinar Harian] Sindiket wang palsu berleluasa <b>di Balakong</b> dan Sg Long

Posted: 25 Jan 2011 08:26 PM PST

SUNGAI LONG – Golongan peniaga sekitar Sungai Long, Kajang digesa sentiasa berwaspada dalam menjalankan urusan perniagaan dengan pelanggan supaya tidak menjadi mangsa wang palsu hingga memberi kesan kepada perniagaan mereka.

Penggunaan wang palsu ini dikesan berlaku minggu lalu yang membabitkan perniagaan kopitiam dan pasar pagi dengan menggunakan wang palsu RM100 dan RM50.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 5, Lee Ah Seng berkata, aduan diterima daripada mangsa yang memaklumkan ia berlaku pada minggu lalu. Kes ini didapati semakin ketara berlaku terutamanya menjelang Tahun Baru Cina.

"Dalam kejadian terbaru, pengadu yang merupakan peniaga pasar menerima dua keping wang palsu bernilai RM100 daripada pelanggan dan tidak menyedarinya kerana sibuk melayan pelanggan yang lain.

"Wang palsu berkenaan hanya disedari pengadu semasa dia sedang mengira jumlah pendapatan apabila selesai perniagaan dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada dua keping wang palsu RM100," katanya kepada media.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang turut hadir dalam sidang media berkenaan berkata, peniaga perlulah sentiasa berwaspada terhadap kegiatan ini terutamanya semasa musim perayaan dan hujung minggu.

"Mereka ini akan mengambil kesempatan di atas kesibukan peniaga melayan pelanggan tanpa menyedari wang yang digunakan adalah wang palsu.

"Kegiatan ini perlulah dibendung segera dan kita akan meminta kerjasama polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan yang telah dibuat pengadu kerana penggunaan wang palsu ini akan menjejaskan pendapatan peniaga", katanya.

Menurutnya, peniaga boleh mengetahui dan mengenal pasti wang palsu berkenaan berdasarkan kertas yang agak nipis dan warnanya yang sedikit pudar berbanding wang asli.

"Perbezaan yang ketara ialah daripada segi kualiti kertas yang digunakan serta warnanya yang seakan pudar. Namun, ada ketikanya peniaga tidak sempat untuk menelitinya disebabkan sibuk melayan pelanggan.

"Saya difahamkan sebelum ini pun ada berlaku kejadian yang sama di Balakong, namun ia senyap seketika hasil laporan polis yang dibuat pengadu serta langkah pencegahan yang dilakukan polis.

"Kita percaya kegiatan ini dilakukan oleh sindiket yang menunggu masa sesuai terutamanya musim perayaan dan saya mengharapkan peniaga yang menjadi mangsa segera melaporkan kepada polis bagi membendung kegiatan mereka daripada terus berleluasa," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung penemuan wang palsu berkenaan.
Berita dipetik dari Sinar Harian

Today's Visitors: 0 Total Visitors: 2

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads