12 di kuala selangor - Google Blog Search |
Review KL-<b>Kuala Selangor</b> Expressway LATAR | ondscene Posted: 30 Jun 2011 09:44 PM PDT Review KL-Kuala Selangor Expressway LATAR![]() Biasanya penulis blog membuat review mungkin mengenai biskut raya atau sabun mandi dari susu unta. Ada juga mungkin mengenai beg mengkuang keluaran terbaru atau juga kenderaan hybrid terkini keluaran Modenas…
(Atau cuba pada link ini : www.latar.com.my atau di sini : www.kls.com.my)
Bagaimanapun, nama yang diberikan agak kurang sesuai kerana ia bukan bermula dari Kuala Lumpur, tetapi pinggir Kuala Lumpur, lebih tepat sebelum memasuki bandar Rawang, Selangor (Templer Park). Saya rasa, mungkin nama paling sesuai ialah Rawang-Ijok Expressway atau RAJOKE.
Kadarnya masih belum diumumkan ,bagaimanapun difahamkan adalah RM2 untuk setiap plaza tol bagi kenderaan 2 gandar.
Memasuki lebuhraya ini, kita akan menemui beberapa keunikan yang saya rasa tiada pada lebuhraya lain di Lembah Klang.
-Kebaikannya: - kemungkinan kenderaan 'terbang' memasuki laluan bersebelahan adalah sukar jika berlaku kemalangan. - kemungkinan kenderaan laluan sebelah memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan , adalah kurang kerana halangan dari tembok tersebut. -Impak kemalangan dijangka akan menjadi lebih buruk kerana tembok tidak mempunyai sebarang 'penyerap-hentakan' seperti getah bagi mengurang kesan rempuhan/hentakan. Jadi kepada anda yang gemar memecut dan memandu melebihi had laju, jika berlaku kemalangan dan kenderaan anda merempuh tembok ini, minta maaflah, walaupun ambulan boleh sampai cepat, tetapi nampaknya nyawa anda mungkin cepat juga melayang.
Kemalangan maut mungkin belum ada kerana baru seminggu dibuka, tetapi sekitar KM24 , saya memenui kesan tayar dan darah di atas jalan, berkemungkinan kesan kemalangan dengan haiwan liar/ternakan. Ini kerana beberapa kawasan ladang kelapa sawit turut ditemui lembu di dalam kawasan pagar, yang mungkin ada yang boleh terlepas ke lebuhraya.
Lebuhraya ini saya andaikan 90 peratus telah siap kerana beberapa kemudahan lain masih dalam pembinaan. Antaranya kawasan Rehat dan Rawat belum siap , manakala penandaan perbatuan (KM) baru sehingga KM 10 di Ijok (anggaran bacaan saya dari KM 30 di Tol Taman Rimba Templer). Lebuhraya ini 'dimiliki' oleh 2 Ibupejabat Polis Daerah IPD iaitu IPD Gombak dan IPD Kuala Selangor yang bersempadan di kilometer 15.4 Post Lain Yang Berkaitan14 CommentsFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan