Khamis, 7 Julai 2011

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK DATOK</b> | BLOG <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2011 07:42 AM PDT

Rancangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini akan bergantung kepada keputusan penganjur perhimpunan haram itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya perhimpunan haram itu dilakukan di kawasan tertutup maka PERKASA juga akan membuat perhimpunan di kawasan tertutup.

"Jika mereka lakukan di kawasan terbuka, kita juga akan berbuat demikian... namun kita akan mengadakan di kawasan yang jauh daripada mereka untuk mengelakkan pertembungan," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur Isnin.

Bernama melaporkan katanya tujuan PERKASA mengadakan perhimpunan itu adalah sebagai menunjukkan bantahan terhadap perhimpunan haram tersebut.

"Saya harap pengerusi penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S.Ambiga akan menurut titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik, dan membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ibrahim juga menganggap kenyataan Ambiga yang hanya akan membatalkan perhimpunan haram tersebut sekiranya dititahkan berbuat demikian oleh Tuanku Mizan dan memohon perkenan menghadap baginda adalah sesuatu yang biadab.

"Ini satu tindakan yang biadab, kita (Perkasa) sudah banyak kali memohon untuk mengadap Tuanku Mizan tetapi tidak berpeluang namun kita tidak melenting tetapi menggunakan cara yang betul untuk menegakkan kebenaran," katanya.

Beliau berpendapat titah Yang di-Pertuan Agong semalam juga sudah cukup untuk Ambiga membatalkan hasrat meneruskan perhimpunan tersebut dan tidak perlu sehingga menghadap Tuanku Mizan.

Ibrahim juga berkata sebagai persediaan membantah perhimpunan tersebut, Perkasa turut menyediakan sebanyak 15 ribu helai kemeja T berwarna putih yang bertulis 'Aman Perkasa Pertahankan Keamanan Negara'.

"Lebih 10,000 anggota Perkasa dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak dijangka akan menyertai perhimpunan Perkasa sekiranya ia diteruskan," katanya.-4/7/2011
Sumber:agendadaily
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads