Selasa, 26 Julai 2011

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Mayat lelaki ditemui dalam lubang Tandas <b>di Rawang</b> |

Posted: 10 Jul 2011 04:49 PM PDT

No of View :329

 Mayat lelaki ditemui dalam lubang Tandas di Rawang

Gambar hiasan

Seorang lelaki ditemui mati di dalam lubang najis dengan tiga kesan tetakan di kepala dipercayai dibunuh di kawasan kilang terbiar di Rawang, semalam.

Mayat lelaki berusia 30-an belum dikenal pasti identiti itu dipercayai warga asing dan mangsa ditetak dengan sebilah kapak yang ditemui kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dibuang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata Balai Polis Rawang menerima maklumat orang awam kira-kira jam 1 tengah hari dan ke tempat kejadian.

Menurutnya, mayat lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap itu dijumpai di dalam lubang najis dengan kedalaman kira-kira tiga meter. "Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan semak tepi kilang terbiar terbabit sebelum dibuang ke dalam lubang itu selepas titisan darah ditemui di kaki lima kilang itu.

"Malah, sebilah kapak dengan kesan rambut dan darah ditemui dalam semak dipercayai digunakan suspek untuk menetak kepala mangsa," katanya.

Abdul Rahim berkata, mayat yang sudah kembung itu dipercayai dibunuh tiga hari lalu dan dipercayai suspek lebih daripada seorang.

"Kilang terbiar itu sudah lebih dua tahun ditinggalkan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau ada waris yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61385222.

Nota Kaki: Adehhh..satu lagi jenayag teruk giler..tak habis2…

pixel Mayat lelaki ditemui dalam lubang Tandas di Rawang Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads