Selasa, 26 Julai 2011

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Program JELAS fasa II: Anwar <b>di Sepang</b> malam ini, 10 Jun <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Ceramah Perdana di Dewan Orang Ramai Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada malam ini.

Beliau dijemput khas sebagai pemidato utama dalam siri kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia (JELAS – Tawan Malaysia!) Fasa 2 yang secara rasminya bermula hari ini.

Program dijadual bermula jam 9 malam yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Ir MP Muthiah, berdasarkan maklumat diperoleh KEADILAN Selangor, Umno mengupah beberapa individu membuag kain rentang yang dipasang di kawasan sekitar program dan diganti bendera Umno.

Selain program di Sepang, katanya, satu lagi siri ceramah dalam kempen JELAS – Tawan Malaysia! akan turut diadakan di kawasan Parlimen Puchong bertempat di Balai Masyarakat, Jalan 4/2 Taman Sri Andalas, Serdang Jaya.

Program itu dibarisi pemidato seperti Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari dan Adun Taman Medan, Haniza Talha. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program dan mendengar penerangan terkini isu politik semasa tanah air.

"Diharap dengan pelancaran kempen JELAS -Tawan Malaysia! Fasa 2 ini akan mempertingkatkan lagi keyakinan rakyat pada perjuangan mengembalikan hak rakyat!," kata Muthiah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15112

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads