Isnin, 8 Ogos 2011

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Berpagi-pagi <b>Di Padang Jawa</b> « Sebaik-baik Cahaya

Posted: 10 Apr 2011 12:46 PM PDT

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa diberi kesempatan kepada ana untuk update entri pada kali ini. Maha Suci Allah masih memberikan ana anugerah nikmat Iman dan Islam yang tidak ada tolok bandingnya berbanding yang lain. Alhamdulillah, hari ini dapat ana berpagi-pagi di masjid Padang Jawa.

Sesi pagi bermula sebaik sahaja sarapan tersedia, jemaah yang hadir minum dan saling menyapa sebelum bermulanya majlis. Kemudian bermulanya sesi pagi yang mana tujuannya banyak tertumpu kepada persiapan selepas peperiksaan, persiapan untuk memasuki universiti dan sebagainya. Ana masih tidak mampu menjadi seperti golongan 'penyampai' ini namun ana berharap sedikit sebanyak dapat menimba ilmu dari mereka.

Di sinilah maka input diberikan. Ana tidak pasti siapa yang berceramah di hadapan, namun ramai memanggilnya 'maulana'. Beliau menyatakan kita ini hidup sekejap saja di dunia, 50 tahun yang lalu beliau tiada di dunia ini, dan 50 tahun yang akan datang mungkin beliau telah pun pergi. Dalam jangka masa yang singkat ini, sanggupkah kita untuk membazirkannya untuk melakukan maksiat? Pendek sangat usia kita di dunia ini…

Mari buat sedikit pengiraan. 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun. Ini bermakna, 1 jam di akhirat ialah 42 tahun di dunia. Lihat nisbah ini. Sanggupkah kita mensia-siakan '1 jam' ini dengan kenikmatan untuk mendapatkan kemurkaan Allah yang 'bertahun-tahun' di akhirat? atau sanggupkah kita menggunakan '1 jam' ini dengan mengabdikan diri kepada Allah untuk mendapatkan nikmat syurga Allah yang 'selama-lamanya' di akhirat?

Kemudian diceritakan mengenai hal padang mahsyar. Ketika di padang mahsyar, keadaan manusia adalah amat cemas, bukan sahaja bagi manusia biasa, malahan para syuhada dan para nabi serta rasul. Apatah lagi yang sering melakukan dosa. Halnya sangat panas seperti matahari separas celak dari kepala (matahari sudah pun hancur ketika itu, yang dimaksudkan adalah kepanasan). Umat manusia di tahan dan ingin segera dihisab supaya lalu mereka pun bertemu beberapa orang nabi :-

  1. Yang pertama ditemu adalah nabi Adam a.s, ini kerana beliau ialah bapa manusia. Namun nabi Adam a.s sendiri takut akan tindakannya memakan buah larangan sehingga diturunkan dari syurga dan dicampakkan ke dunia bersama Hawa. Beliau rekemen agar dijumpai Nabi Nuh a.s.
  2. Yang kedua ditemu adalah nabi Nuh a.s , ini kerana beliau ialah Rasul pertama. Namun nabi Nuh a.s sendiri takut akan tindakannya kerana mendoakan kehancuran umatnya akibat penafian kepada keEsaan Allah yang mana kemudian berlakunya banjir besar di mana langit dan bumi mencurahkan airnya. Nabi Nuh a.s telah berdakwah hampir 1000 tahun namun hanya 80 orang sahaja yang beriman. Beliau rekemen agar dijumpai Nabi Ibrahim a.s.
  3. Yang ketiga ditemu adalah Nabi Ibrahim a.s, (ana x ingat faktor dijumpai Nabi Ibrahim a.s)  namun nabi Ibrahim a.s sendiri takut atas tindakannya melakukan tiga penipuan. (link berkaitan tiga tempat nabi Ibrahim a.s berbohong). Kemudian beliau rekemen agar dijumpai Nabi Isa a.s.
  4. Yang keempat ditemu adalah Nabi Isa a.s, iaitu bukti kebesaran Allah kerana ibunya Mariam melahirkannya tanpa persenyawaan dengan mana-mana lelaki. Namun nabi Isa a.s sendiri takut kerana beliau telah dianggap tuhan oleh pengikutnya yang sesat iaitu Nasrani sama seperti Yahudi yang menyatakan Uzair sebagai tuhan. (Rujuk Surah At-Taubah, ayat 30). Kemudian beliau rekemen agar dijumpai Nabi Muhammad s.a.w.
  5. Yang kelima ditemu adalah Nabi Muhammad s.a.w, lalu baginda berdoa supaya baginda dapat memberikan syafaat kepada umatnya.

Menurut penceramah, setiap nabi diberikan suatu doa khas dan kesemua nabi telah pun menggunakan doa ini kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana baginda menyimpan doa ini untuk berdoa di hari akhirat supaya baginda dapat memberikan syafaat kepada umatnya. MasyaAllah, betapa kasih dan sayangnya baginda kepada kita…

Seterusnya diceritakan agar setiap orang menggunakan masa yang ada, samada ketika masih belajar di universiti, atau semasa cuti untuk mengajak manusia ke arah kebenaran dan saling berpesan-pesan. Beliau menyatakan supaya kita bersama-sama mengajak kepada kebaikan meskipun kita belum buat kebaikan itu. Jadikan diri sendiri seorang yang cemerlang, amanah, dan tahu membahagi masa kerana ia juga adalah satu cara berdakwah yang berkesan.

Nasihatilah ke arah kebaikan meskipun kita belum lagi dapat melaksanakannya. Ramai telah menyalah tafsir ayat Al-Quran ini :-

'Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya'. Surah As-Saff, ayat 3.

Maksud yang sebenarnya adalah kita MENDAKWA kita melakukan kebaikan. Sebagai contoh, kita tidak melakukan sebarang solat tahajjud atau apa saja solat malam tetapi kita MENDAKWA atau menceritakan kepada orang lain yang kita melakukan solat tahajjud.

Secara logiknya, salahkah seorang ayah yang sedikit ilmunya, menyimpan hasrat dan selalu berpesan kepada anaknya untuk menjadi orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, serta mendalami ilmu agama dan berjuang di jalan Allah walhal beliau masih belum melakukan apa yang diperkatakan? Sudah tentu tidak salah. Jangan dilupa bahawa Allah melaknat bani Israel kerana mereka saling tidak menasihati keburukan antara satu sama lain. Seperti yang telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran,

'Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar, demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.' Surah al-Maaidah, ayat 79.

Majlis berakhir dengan pengambilan nama untuk 'keluar' selama 4 bulan, 40 hari, dan 3 hari. Ana masih belum bersedia dan hanya duduk di tepi melihat seorang demi seorang jemaah mengangkat tangan dengan penuh iltizam dan berazam untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu berziarah dan saling mengingatkan. Maha Suci Allah, sungguh lemahnya imanku ini…

Kemudian di akhiri dengan jamuan makan bersama di dalam talam-talam dan ditutup dengan solat fardhu Zohor berjemaah. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

P/S : Jika adalah sebarang kesilapan pada penyampaian atau maklumat berkaitan, mohon menegur ana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads