ads

Ahad, 28 Ogos 2011

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air Berjadual <b>Di Sepang</b> - SelangorKini Online

Posted: 27 Aug 2011 06:33 PM PDT

Sunday, 28 August 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 28 OGOS – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

Tarikh/Masa
7 September 2011 (Rabu), 10.00 malam hingga 4.00 pagi, 8 September 2011 (Khamis).

Sebab-sebab gangguan
Kerja-kerja Pengalihan Paip Bersaiz 200MM di Sungai Sepang Kecil, Sepang Ekoran Kerja-kerja Menaiktaraf Jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kawasan-kawasan terlibat
Wilayah Sepang
Ladang Sungai Rawang/ Tanjung Rhu/ Sungai Belankan; Ladang Teluk Merbau; Taman Telok Merbau; Taman Sri Merbau; Kampung Bagan Lalang.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.

Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved