Sabtu, 24 September 2011

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Antara Kelebihan Kerja Sendiri | Yunus Badawi

Posted: 13 Sep 2011 08:59 PM PDT

Hari Ahad lepas aku dan famili ke rumah balu pakcik aku di Jenjarom. Dah agak lama juga kami tak ke rumahnya. Kami hanya jumpa di majlis kenduri kahwin saudara mara atau di Hari Keluarga dua tiga tahun lepas. Masa kami sampai rumahnya dah pukul 8 malam. Hampir tak cam sebab dah ada gerai makan di depan rumahnya.

Semasa kami bercerita, emak Adam memberitahu yg aku dah tak kerja dgn sykt kulit kerang lagi. Terkejut makcik aku mendengarkannya.

"Eh kenapa dah tak kerja situ lagi. Kan gaji besar kerja kat situ?" tanya makcik aku.

Isteri akupun cuba menerangkan kenapa aku berhenti kerja dari sykt kulit kerang tu.

(utk rekod sykt kulit kerang merupakan sykt kedua terbesar di dunia dari segi pendapatan menurut Majalah Fortune di dalam senarai Fortune 500 yg disiarkan di dalam edisi Julai tahun ini).

Susah juga nak terangkan kat makcik aku tu. Aku biarkan emak Adam sampaikan dalam versi dia. Aku tengok makcik aku masih blur selepas cuba diberi penerangan tu. Tak kisahlah.

Aku ada terangkan dalam n3 aku yg dulu antara sebab aku berhenti kerja dari sykt lama aku tu. Tak payahlah aku ulang. Tapi aku nak kongsi sedikit antara kelebihan kerja sendiri setelah aku melaluinya selama 2.5 tahun.

1) tak perlu pergi opis pagi2 dan terperangkap dalam jam

2) dah tak perlu keluar pagi2, bolehlah golek2 selepas hantar anak ke sekolah. Ini yg best sebab ......

3) jimat minyak dan tol sebab opis kat rumah aje

4) kalau nak minum atau makan pergi aje ke dapur

5) kalau emak Adam ajak ke mana2 'waktu pejabat' takde hal punya. Let's go baby!

6) boleh main dgn Adam kalau dah jemu buat kerja. main dgn emak Adam pun boleh jugak hehehe

7) takde siapa nak perintah buat itu ini, hantar report macam2, meeting yg tak habis2 atau nak siapkan staff report bila hujung tahun.

8) tak perlu pening fikir nak makan kat mana bila tiba waktu lunch. Emak Adam uruskan semua tu. Makan air tangan isteri lebih berkat dan sedap.

9) boleh berfb dan blogging bila2 suka hehehe

Cukuplah tu antara kelebihan kerja sendiri ni. Kekurangannya pun ada tapi hari ni aku nak citer yg muluk2 aje. Ada sesiapa yg nak kerja sendiri ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads