ads

Rabu, 28 September 2011

12 di rawang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


..da journey of B2B: Gambar Majlis Bertandang <b>di Rawang</b>

Posted: 23 Sep 2011 03:10 AM PDT

Salam semua, seperti yang anda sedia maklum, aku masih lagi begini, melayan pening setiap hari. Nak tau tak..ceeee cam kepochi je kan, kesan melecur semalam tu dah ada gelembung air..sedihnya hati tengok, aku takut sangat berparut, korang ada petua tak nak letak apa? Since aku dah janji minggu lepas lagi kan nak upload gambar bertandang, jom tengok, yang OP ada 2-3 ketul je, aku malas nak save dari cd, ni pun aku cilok dari FB OP aku. Yang lain gambar dari sepupu aku.
 Yang sebelah kiri tu, kasut hantaran aku, dan selamat dirasmikan masa majlis bertandang, sekarang ni high heel kesayangan intan payung, mucuk macam. Hari Raya hari tu aku raya kat rumah mertua, theme pulak merah, so aku pakai la kasut ni masa ambik gambar kat studio, siap ambik gambar, pak mertua aku suruh pergi beli selipar..sobsss. Dia tak kasi pakai high heel lagi, hari tu pakai wedges pun dia tak kasi jugak. Nak buat macamana, menantu kesayangan, padahal aku sorang je pun menantu dia..haha statement perasan sendiri.
Kaedahnya kat Rawang ni, walaupun ni majlis bertandang, tapi pengantin perempuan tetaplah yang menunggu di rumah. Aku pun pelik mulanya, sebab mana-mana tempat yang pernah aku pergi, kalau majlis bertandang pengantin lelaki dan perempuan datang dengan rombongan pihak perempuan. Tapi kat sini, terbalik, En. Syg datang dengan family aku, aku tunggu di rumah, kiranya aku ni tuan rumah pulak..hehe. Yang makcik-makcik senyum kat belakang tu family En. Syg, diaorang berarak dengan aku. Unik kan, ke tempat korang ada macam tu jugak?
Lepas tu, diaorang akan pimpin sampai pelamin, pengapit boleh rilek je..haha
Kat sini themenya merah hitam
En. Syg tengah feeling retis
Ni baju pilihan En. Syg, dia memang pantang nampak merah, suka terus. Kasut aku adalah sangat adorable..huuuu
Akhirnya berjaya buat outdoor, kat Temerloh hari tu tak buat sebab En. Syg gastrik teruk
Dah tu je, nanti kalau rajin aku update bilik pengantin masa bertandang pulak. Tah bilalah kerajinan aku tu nak timbul. Btw, aku tak berapa suka OP ni, album dia tunggang langgang, first picture gambar kitaorang potong kek dengan muka sememeh, lepas tu ada gambar sape-sape ntah yang banyak, tetiba dah kat tengah baru gambar tengah mekap, tak tersusun, lepas tu asyik ulang gambar yang sama..come on lah. OP ni last minute En. syg yang cari, sebab aku memang tak involve apa2 untuk majlis bertandang ni, main call je, tak tengok pun album previous job dia, malas nak fikir, benda dah lepas, aku nak bebel pun tak guna. Takkan nak bergaduh pulak sebab album kan, walaupun aku memang tak puas hati, kang kecik pulak hati suami. Ok, c u next week.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved