Selasa, 20 September 2011

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Rumah Terbuka PAS Tanjong <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b> - WordPress

Posted: 11 Sep 2011 10:13 PM PDT

Tanjong Karang, 10 Sep    :    Rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong yang diadakan di Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang hari ini telah berjaya diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kunjungan daripada pelbagai lapisan masayarakat di Tanjong Karang.

Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, sambutan daripada masyarakat sangat menggalakkan pada tahun ini, ini menunjukkan sokongan dan penerimaan rakyat  kepada PAS Khususnya di Kawasan Tanjong Karang sangat baik.

Beliau juga mengambil kesempatan didalam ucapannya, menyeru kepada seluruh rakyat agar terus bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Kita lihat sekarang, katanya, rakyat semakin dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup yang tinggi, seperti kenaikan elektrik, astro, barang keperluan harian dan yang terbaru kenaikan sebanyak 6% kepada pengguna telefon mudah alih yang menggunakan kad pra-bayar oleh semua syarikat telekomunikasi mulai 15 September ini.

Ini semua, katanya, akan membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita melakukan perubahan dengan terus memberikan sokongan kepada PR dalam PRU seterusnya mempertahankan kerajaan Negeri Selangor dan menawan Putrajaya.

Selain itu, turut memberikan ucapan ialah Timbalan YDP PAS Kawasan, Drs Mohamad Rashdi Deraman, yang juga Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ketua Dewan Pemuda (DPP) dan Muslimat PAS(DMP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud dan Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf serta Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin.

Rumah terbuka tersebut bermula jam 2.00 sehingga 5.00 petang tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Zainal Abidin Abdul Samat dan Pengerusi DAP Tanjong Karang, Low Tan, yang juga Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Antara menu yang dihidangkan pada tahun ini ialah rendang, ketupat palas, soto, laksa, bubur lambuk, pecal,  mee kari dan buah-buahan. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, menu rumah terbuka pada tahun ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) seperti Sungai Terap, Sungai Gulang-Gulang, Sungai Kajang, Sungai Sireh, Block COJ Sawah Sempadan, Kampong Melaka. Manakala DPP dan DMP Kawasan menyediakan air dan bubur lambuk untuk majlis berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads