ads

Ahad, 12 Februari 2012

12 di ampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


"STIRPS DANCE" Baik Punya <b>di Ampang</b> & Cheras??? | BUJANG <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 07:00 PM PST


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan usaha pihak tertentu yang cuba menjadikan dua daerah di Lembah Klang di sini sebagai pusat hiburan ala Patpong, Thailand, dengan menawarkan 'tarian tiang' kepada pelanggan.

Kegiatan itu yang dikesan dilakukan oleh dua pemilik premis hiburan di Ampang Jaya dan Cheras tersebut baru-baru ini bagaimanapun berjaya dikekang polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata, kedua-dua pusat hiburan itu dikesan menawarkan kegiatan tersebut sejak awal tahun ini.

"Malah. penari itu terdiri daripada wanita tempatan yang berpakaian menjolok mata sambil melakukan 'tarian tiang' dengan aksi mengghairahkan.

"Wanita ini akan menari dalam aksi menggoda supaya pengunjung memberi mereka kalungan bunga yang setiap satu berharga RM20.

"Pengunjung yang memberi kalungan bunga juga berpeluang untuk meramas payu dara dan memegang tubuh wanita tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas beliau, kegiatan itu juga menyumbang kepada aktiviti pelacuran jika pelanggan sanggup membayar lebih daripada harga kalungan itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati RM10 daripada harga kalungan bunga tersebut akan diberikan kepada pemilik premis tersebut.

Katanya, bagaimanapun kegiatan premis yang mempunyai lesen tersebut tidak bertahan lama apabila polis melakukan serbuan beberapa minggu lalu.

"Dalam serbuan tersebut, kita dapati mereka bagaikan cuba untuk menghidupkan budaya hiburan tarian tiang ala Patpong," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai selain meningkatkan pemantauan terhadap pusat hiburan yang menawarkan aktiviti sedemikian. - Utusan

-http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/02/panas-stirps-dance-baik-punya-di-ampang.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved