Ahad, 12 Februari 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Video: Makcik Rempuh Kedai Superbike <b>Di Cheras</b>

Posted: 02 Feb 2012 05:31 AM PST

Adehhhh... kesian aku nengok motor Honda VFR 1000 turr... hehehe

kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai 'Superbike' dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai 'Superbike' berkenaan.

"Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

"Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000. pelanggan punya tu," katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.


Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads