ads

Rabu, 1 Februari 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Siapa Tu...Comelnya...: Mencari Hadiah <b>Di</b> Jusco <b>Bukit Raja</b>

Posted: 31 Oct 2011 02:28 AM PDT

selepas hantar shumie ke rumahnya
sayang tanya nak pergi Jusco Bukit Raja atau Jusco Bukit Tinggi
terus aku cakap Jusco Bukit Raja
sebab aku suka ke sana berbanding Jusco Bukit Tinggi
tujuan utama kami ke sana sebab nak belikan hadiah hari jadi umairah


umairah bermain sekejap kuda berpusing dan melihat kolam deepavali

umairah siap tanya macam rumah auntie tu kan

nak sebab rumah kak viji dia tak pandai sebut sebab tu la dia cuma cakap rumah auntie
sampai di kawasan permainan

berpusing-pusing jugak umairah nak pilih apa

sebenarnya kami nak belikan kabinet dapur mainan untuk umairah

tapi bila aku tujukkan mainan tersebut

umairah taknak, terus dia tunjukkan nak set rumah

siap cakap macam kawan dia emmmm apa orang lain ada dia pun nak jugak


jadi bila umairah sudah buat pilihan, kami ikutkan sahaja
sambil pusing-pusing untuk cari mainan untuk umar
umairah tak bagi aku bawakkan kotak mainan tersebut
umairah sendiri yang nak bawak
xcited sungguh dengan mainan barunya itu

bila tengok umar taknak duduk diam bila di dukung oleh babahnya

terus masukkan ke dalam troley dan singgah ke mc'd

beli set nugget dan bagi budak berdua tu makan french fries

terus senyap bila ada makanan di tangan

umairah tertarik dengan patung rabbit nie

sebab minta aku snapkakn gambar dia dengan rabbit nie eheh

sambil menunggu sayang bayar parking kereta

panjang gak Q untuk membayar parking kereta

layan snap gambar anak aku berdua nie

masing-masing senyap dengan ada makanan di tangan

selesai urusan di Jusco terus balik ke Sijangkang

tapi bila sampai di Sijangkang tak terus balik jugak

sebab singgah sekejap di rumah kawan sayang

sebab membernya ada buat majlis aqiqah untuk anak perempuannya

dan kebetulan nama anak perempuan member sayang memang sama

nama dengan anak aku umairah zahrah hehehehehhe

sampai rumah memang penat gila..dari pagi non-stop berjalan

umar malam memang tidor cepat sebab kepenatan sangat

sayang plak tengok games bola = terengganu lwn n9

Full content generated by Get Full RSS.

aina suhana&#39;s blog: Kesesakan lalu lintas <b>di Bukit Raja</b> semalam

Posted: 03 Nov 2011 06:16 PM PDT

Semalam aku bercadang nak beli bahan-bahan untuk membuat kek. Niat di hati ingin mencuba resepi kek red velvet tu. Tak pernah nak buat. Baru kali nie nak buat. Macam sedap pulak aku tengok kan. Hehee.. On the way nak ke Taman Bungan Melur, Klang jalan sesak. Okey lah. Kalau sesak lepas tol Sungai Rasau tu biasa lah. Nie depan Jusco sekali.
Aku memang ambil line tengah jer. Aku tengok dari jauh kereta semuanya bagi signal ke kanan. Ada eksiden ker kan? Aku dah cuak dah. Dup dap dup dap...Sampai susur masuk JUSCO BUKIT RAJA tu baru aku nampak kejadian yang sebenar nya. Ada perhimpunan rupanya. Ramai jugak lah. Rata-rata nya lelaki. Tak kurang jugak yang berkopiah. Oleh sebab aku bawak motor, tak sempat nak baca tulisan kat sepanduk tu. 
Tunggu kat berita takda pulak. Tadi aku google. Baru jumpa. Rupanya Piket / demonstrasi MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) menentang pindaan akta pekerja. Mereka menentang pindaan akta pekerja yang dikatakan meletakkan pekerja di Malaysia ini setaraf dengan warga asing. Difahamkan demontrasi ini diadakan serentak di 18 lokasi seluruh negara semalam 3.11.2011 dari pukul 5.30 hingga 6.00 petang.
Memang tengah waktu kemuncak lah kan. Waktu orang tengah balik kerja. Lagi pun Bukit Raja memang selalu sesak. Hari-hari. Ini ada demo pulak. lagi lah sesak. Sebab kenderaan nak mengelak mereka yang berhimpun di tepi jalan. Karang terlanggar karang salahkan orang pulak kan. (terkeluar jawa aku). Aku tengok ada polis kat situ. Selagi diaorang tak buat kekecohan dan mengganggu orang awam takda lah kena tahan kan. Macam-macam hal..
p/s: Demontrasi ini dianjurkan oleh parti PAKATAN RAKYAT. 
      Sebab aku dapat maklumat nie dari blog anwaribrahim.
Full content generated by Get Full RSS.

Anakbukitgantang in Putrajaya: Apa ada <b>di Bukit</b> Gantang?

Posted: 29 Jan 2012 05:18 PM PST

Bukit Gantang adalah kubu terakhir tentera Perak yang bertahan dari serangan tentera Thai. pada tahun 1821  Kedah sudah jatuh ke tangan Thai.  Syed Alang Alauddin (Nai Lang) , merangkap Raja Ligor adalah  Panglima Bukit Gantang waktu itu. Panglima Bukit Gantang berkubu di Bukit Gantang dan berjaya mematahkan serangan Thai.

"During the attacked on Kedah by invading Rama II forces in 1821, Nai Lang was the Raja of Bukit Gantang. He tentatively blocked the invading thai armies with his armies of elephants and well armed men at Durian Burong."history-of-datuk-panglima-bukit-gantang

Dalam buku A History Of The State Of Perak" oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda). Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam sejarah-datok-panglima-bukit-gantang

Kawasan Bukit Gantang yang berbukit dan sejuk menyebabkan Bukit Gantang menjadi pilihan untuk para sufi bersuluk. Selepas bersuluk mereka ini mendirikan pondok pondok ugama dan berdakwah . Sebab itu di sekitar Bukit Gantang banyak pondok pengajian ugama.

Begitu besar peranan dan jasa Panglima Bukit Gantang sehingga keturunannya  yang terkemudian- Panglima Bukit Gantang -adalah antara 6 orang wakil pemimpin tempatan  yang bermesyuarat dan menderaf Perlembagaan UMNO dan seterusnya menjadi salah satu tenaga di sebalik kemerdekaaan Malaya UMNO dan Panglima Bukit-Gantang.

Bukit Gantang sudah sinonim dengan mempertahankan kedaulatan negara dan ugama Islam. Malangnya  Bukit Gantang "jatuh" semasa PRK Bukit Gantang di tangan proksi DAP iaitu Nizar Jamaluddin (dari PAS)

Mungkin sebab itu ceramah Hassan Ali yang di"jatuhkan" kerana mempertahankan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu di Bukit Gantang satu petanda Islam akan bangkit....... tapi bukan bersama PAS.


Sudah tiba masanya Hassan Ali, bersama MP BEBAS yang lain seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali membentuk third force yang mesra kepada UMNO, iaitu parti dominan Melayu Islam dan MASIH memerintah negara ini - saya berpedapat untuk ugama Islam dan umat Melayu Islam BERSATU perlu ada MP  BEBAS yang menjadi pendesak ke atas isu umat Islam (seperti gerakan anti MURTAD, dan menjadi  Check and Balance kepada UMNO tapi pada masa yang sama TIDAK MELEMAHKAN penyatuan ummah Islam.PAS telah GAGAL menjadi Check and balance yang baik-malah ketamakan PAS merebut kuasa dengan dakyah politik menyalahkan UMNO dalam semua hal tapi PAS sendiri terbukti tak mampu mentadbir negeri apatahlagi medaulatkan Islam dalam beberapa isu nasional seperti Kafir masuk masjid- penggunaan kalimah Allah yang menjadi Gateway kepada Gerakan Murtad Umat Islam malah GAGAL  melaksanakan kawalan penjualan arak dan rumah urut seperti yang dibuat oleh UMNO menyebabkan kedaulatan ugama Islam terancam dan ketuanan Melayu semakin mengikis.

Malah artikel saya terdahulu mengenai virus dalam PAS boleh disifatkan sebagai PAS hari ini telah 100 peratus diserapi musuh Islam yang memasang proksinya dalam kepimpinan tertinggi PAS tanda-tanda-pas-musnah

Sesungguhnya pemecatan Hassan Ali ada hikmahnya- iaitu umat Islam diminta BERSATU .....UMNO dan BEBAS perlu BERSATU supaya umat Islam kembali kuat dan kedaulatan ugama Islam kembali menyirna.

Bagaimana dengan PAS? Pedulikan PAS kerana PAS sudah musnah kerana ketamakan pemimpinnya mengejar syurga duniawi dan merosakkan akidah ummah melalui Wahhabi, Syiah dan Liberalisasi ugama -dan merosakkan ukhuwah sesama umat Islam sehingga kita diancam pupus di negara yang menobatkan Islam sebagai ugama rasminya sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved