ads

Rabu, 1 Februari 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


onggon.com: Apa Yang Menarik <b>di Kuala Kubu</b> Bharu

Posted: 27 Dec 2011 04:15 PM PST

Darul Quran (versi mendung)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 22-23 Disember 2011 baru-baru ini aku buat kali pertamanya menjejakkan kaki di Kuala Kubu Bharu, 70km daripada Putrajaya. Semasa dalam perjalanan singgah berehat di suatu tempat pemandangan lawa bernama Empangan Batu (rasanya lah) sebelum sampai ke KKB. Kat situ dengan memakai baju Sony Studio Zaloon aku pun keluarkan kamera dan ambik gambar panorama. Tiba-tiba aku kelihatan satu susuk tubuh juga memakai baju berlogo Sony Alpha. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku pun menuju ke arah mamat tersebut dan sambil bersalaman aku memperkenalkan diri. Rupa-rupanya mamat tu adalah Abam Shahrul Zaman yang juga dikenali sebagai Dewa PaiPaiJilo iaitu masta landscape photographer dikalangan pengguna kamera Sony hehe.. Selepas berkenalan dan berbual ringkas aku and the gang pun meneruskan perjalanan ke KKB.
Setelah selesai tugas rasmi, kami pusing satu KKB untuk cari hotel sampailah ke Rumah Rehat Kerajaan pun cak bo liau.. illek.. Takde kosong.. Last-last check in di Hotel Seri Melati. Hotel kena naik tangga aku ingat ada ler dalam 4-5 tingkat. TV rosak, lampu bilik air rosak, aircond plak remote control rosak. Towel pulak sebelah malam baru ada. Sepanjang hari masa kat situ hujan memanjang.. Bila malam, hanya ada beberapa kedai je yang bukak dan kedai makan kalau tak silap ada 3-4 yang bukak sampai larut malam.
Keesokan harinya setelah selesai tugasan rasmi, Tuan Haji Shaari ajak solat Jumaat di Darul Quran, 2km dari pekan KKB. Setelah habis solat, Tuan Haji dah set nak jumpa ngan Ustaz Muktasyaf Ibrahim yang juga masta photographer terkenal dalam dunia flickr dikenali dengan nama pena "AnNamir". Terima kasih banyak-banyak pada Ustaz AnNamir kerana mempelawa untuk ambik gambar Masjid Darul Quran berlatarbelakangkan alam semulajadi yang indah kat situ. Alhamdulillah, aku telah berjumpa dengan dua orang masta di KKB tanpa dirancang sebenarnya hehe.. Benarlah kata pepatah, "berkelanalah, bermusafirlah untuk melihat kebesaran Allah SWT.." Dah 2 tahun dah aku teringin nak jejak kaki di Darul Quran ni akhirnya tertunai jugak impian walaupun gambar yang aku ambik tidaklah sehebat mana, tidaklah sehandsome mana macam orang lain ambik.. Alhamdulillah.. Beruntunglah sape yang duk kat KKB ni.. KKB ni dianugerahkan Tuhan dengan tempat-tempat yang cantik dan mendamaikan. Hati rasa tenang je kepala pun tak serabut macam kat KL.. :)
Bunga
Kenangan di Darul Quran
Panorama Empangan Batu
Panorama Empangan KKB
Full content generated by Get Full RSS.

:: Kamaluddin ::: Makan tengahari <b>di Kuala Kubu</b> bersama Hardy <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 09:39 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Makan tengahari di Kuala Kubu bersama Hardy@ Zoro, Rahman Sidek, Murad & gang. Posted by Kamaluddin Idrus at 1/17/2012 01:39:00 PM · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook ...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved