Sabtu, 10 Mac 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


SeHarum Kasturi: Kehidupan <b>di Bukit Raja</b>

Posted: 22 Oct 2011 09:23 PM PDT

          Ingin kembali menjadi penduduk BBR...baru jer menjadi ahli FORUM BBR. Bukan aper nak tau gak perkembangan terkini dan semasa di sana...Dah lama tak jenguk rumah kat sana. Rumah kami bersama ummi dan allahyarham Abah_izz. Sempat tinggal kat sana setahun dan kini ingin pulang semula untuk memulakan penghidupan yang baru. Insya Allah aku BOLEHH..Dengan kehadiran jiran-jiran yang prihatin aku rasa insya Allah aku akan bahgia tinggal di sana bersama anak-anak tersayang...

          Semangat kejiranan yang mcm maner yang aku maksudkan ?? Terharu sangat2 bila jiran2 aku ni prihatin  dan ambil berat sewaktu arwah suami sakit sehinggalah dikebumikan. Terima kasih di atas keperihatinan jiran2ku semua...ada yg pergi melawat arwah suami sakit ke Terengganu..ada juga yang menunggu untuk menyembahyangkan jenazah kat Masjid AL-Falah...ada juga yang melawat aku dan anak2 memberi kata2 perangsang...dan tak lupa juga untuk menjemput aku bila ada event kat BBR...Semoga ukhuwah di antara kita sesama jiran selorong akan berkekalan. Insya Allah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads