Ahad, 11 Mac 2012

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Warga Liberia Maut Ketika Lari Serbuan Polis <b>Di Puchong</b> <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2012 08:26 AM PST

Posted on March 9, 2012, Friday

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Liberia dipercayai anggota sindiket mengedar dadah, maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah blok apartmen di Taman Desa Millennia, Puchong di sini, ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis Khamis.

Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata lelaki itu terjatuh apabila paip PVC yang dipijaknya di balkoni apartmen dalam cubaan ke apartmen sebelah, patah.

"Mayat lelaki yang berumur 20-an itu dibawa ke Hospital Serdang dan akan dibedah siasat Jumaat," katanya ketika dihubungi.

Yahaya berkata dalam serbuan tersebut, polis menahan tujuh lelaki iaitu tiga dari Liberia, dua warga Guinea dan dua dari Nigeria serta seorang wanita warga Ghana. Mereka berumur antara 29 dan 43 tahun.

"Turut ditemui 1.47 gram ganja dan kesemua mereka positif dadah," katanya, sambil menambah siasatan awal mendapati empat daripada mereka berada di negara ini menggunakan pas belajar. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads