Selasa, 13 Mac 2012

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


6 Suspek Ditahan Bantu Kes Bunuh <b>Di</b> Sg <b>Tengi</b>

Posted: 01 Mar 2012 11:45 PM PST

SHAH ALAM – Polis Selangor hari ini menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian membakar seorang lelaki sehingga tubuhnya melecur 80 peratus di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi, Hulu Selangor Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata mereka yang berusia antara 20 dan 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Labu Kubong, Telok Intan Perak jam 4.30 pagi ini.

"Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua daripada mereka adalah penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dua lagi jurujual sebuah butik dan bakinya seorang penjual burger dan penghantar surat.

Katanya, mereka ditahan sepasukan 15 anggota polis Selangor yang menjejaki lokasi mereka di Perak.

Tun Hisan berkata, kesemua lelaki itu diberkas hasil siasatan terhadap dua penuntut wanita universiti berusia 19 dan 20 tahun yang ditahan di Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.Muhammad Syahiruddin kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads