ads

Khamis, 19 April 2012

12 di bangi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Dr Rani: Serangan Nazir Masjid <b>Di Bangi</b> Di Dalangi Umno

Posted: 18 Apr 2012 12:10 AM PDT

SHAH ALAM,18 APRIL : PAS Selangor mengecam tindakan serangan ke atas Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Abdul Basir Alias yang mana tindakan itu dikenalpasti di dalangi oleh pemimpin Umno setempat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata tindakan tersebut perbuatan tidak bertamadun yang membangunkan budaya samseng di mana akan menjejaskan keharmonian masyarakat.

"PAS Selangor mengharapkan agar pihak polis dapat melakukan siasatan dan pemantauan terhadap laporan tersebut dengan lebih serius," ujar Dr Rani dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

Dr Rani berkata Umno-BN kini semakin terdesak disebabkan semakin kehilangan kuasa dan sokongan sehingga sanggup mengambil tindakan kekerasan yang ganas terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat.

" Apakah tindakan samseng ini natijah daripada hasrat Presiden Umno yang mahu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun," ujar beliau.

Kejadian tersebut berlaku semasa nazir masjid baru memulakan mesyurarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa masjid apabila beliau didatangi oleh pemimpin Umno setempat.

Seterusnya,salah seorang penyokong Umno telah menghantukkan kepala kepada Abdul Basir sehingga menyebabkan mata beliau lebam dan bengkak.

Bimbang atas keselamatan dirinya, maka Abdul Basir telah membuat laporan polis kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved