Khamis, 19 April 2012

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Youth&#39;s Intellectual Mind: Soalan &#39;Lucah&#39; MP <b>Kelana Jaya di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 06:45 AM PDT

Tahap kematangan ramai ahli politik Pakatan Rakyat amat mengelikan hati! Sejak PR mengambil-alih beberapa kerusi di parlimen , 'kebadutan' dalam diri mereka semakin menyerlah! Perbahasan yang tidak mempunyai asas,soalan yang biadap dan kurang sopan serta jawapan yang tidak masuk akal sememang datang dari ahli politik Pakatan khususnya dari Parti Keadilan Rakyat.
Jika sebelum ini penulis pernah menyiarkan artikel mengenai perbuatan MP Pakatan Rakyat di parlimen (klik disini untuk ke artikel ) , kali ini penulis ingin mengulas mengenai soalan yang ditanya oleh MP Kelana Jaya dalam parlimen! Geli hati melihat MP yang dipilih rakyat tidak mempunyai 'standard' ,menanyakan soalan yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak matang! Penulis tidak pasti samada MP Kelana Jaya itu benar-benar bengong atau cuba menyindir Anwar Inrahim,Ketuanya sendiri?
Jawapan dari Menteri :

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan. Saya percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang walaupun berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya.

Menteri Dato Seri Ahmad Shabery Chik
Menteri Belia dan Sukan

Yang mana satu akan memperjuangkan rakyat?

Fikir-fikirkanlah!

Anda mungkin meminati : Soalan biaDAP Guan Eng di parlimen yang patut diketahui Rakyat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads