ads

Ahad, 22 April 2012

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Bersih 3.0: Menilai status 'warga kelas kedua' « Helen Ang

Posted: 06 Apr 2012 02:09 AM PDT

April 6, 2012 at 5:09 pm

Orang Cina tidak berpuas hati dengan keadaan tidak seimbang, yang mana kawasan di luar bandar mempunyai jumlah pemilih yang kecil manakala kawasan bandar mempunyai jumlah pemilih yang besar.

Contohnya, di Sungai Panjang ada 20,500 orang pemilih berdaftar sementara jumlah pemilih di Subang Jaya lebih dua kali ganda, yakni seramai 44,569 orang.

Kawasan pemilih Selangor: (N3) Sungai Panjang, (N31) Subang Jaya

Mengikut perangkaan pilihanraya umum lepas (PRU12), majoriti pemilih Subang Jaya ialah Cina. Yang Melayu hanya 32 peratus di Subang Jaya berbanding 85.4 peratus di Sungai Panjang.

Calon Subang Jaya DAP Hannah Yeoh meraih 23,459 undi untuk memberikan partinya kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir Toyo meraih 11,181 undi di Sungai Panjang. Walaupun jumlah undi yang dimenangi Khir kurang separuh daripada apa yang diperolehi Hannah namun Umno mendapat satu kerusi DUN juga.

Tidak adil — pekik si DAPsters-DAPsters yang membantah proses pilihanraya serta tidak sabar lagi untuk turun ke jalanan demi menjayakan Bersih 3.0.

Hannah Yeoh makin hari makin montok

Guan Eng nampak begitu sihat juga

DAPster membuat perhitungan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (EC) nyata sekali terletak di bawah telunjuk rejim Umno kerana membenarkan garis sempadan kawasan pemilih dilakar atas dasar menguntungkan penduduk luar bandar (sebut Melayu).

Bagaimana boleh 23,500 (angka dibulatkan) penyokong pembangkang Subang Jaya dianaktirikan pihak pemerintah dengan hanya diberikan suara satu wakil sahaja, kata mereka.

Cuba bandingkan 11,200 penyokong Umno di Sungai Panjang. Nisbah 2:1 menggambarkan nilai seorang pemilih Melayu bersamaan nilai dua orang pemilih bukan Melayu.

Itu kiraan atas kertas. Hakikatnya kita harus mengambil pandangan yang lebih relatif.

Suara orang Subang Jaya (ataupun suara orang Damansara Utama yang 83 peratus pemilih Cina) sebenarnya berkali-kali lebih lantang kedengaran berbanding dengan suara penghuni luar bandar.

Blog ini pernah menghuraikan bagaimana Hannah Yeoh dijadikan tajuk berita dan cover girl dalam [anggaran] 56 buah rencana di Selangor Times – yang jumlah terbitan mingguan mencecah 63 edisi tatkala data dikutip. Dalam kata lain, hampir tiap-tiap minggu Selangor Times mesti mempromosikan Hannah Yeoh.

Dalam tempoh yang sama, yakni sepanjang 63 minggu, lapan orang Adun Umno tidak pernah diberikan sebarang apa liputan pun oleh Selangor Times.

Maksudnya 63 edisi suratkhabar rasmi negeri tidak pernah sesekali bercakap tentang YB Raja Ideris Raja Ahmad, YB Warno Dogol, YB Mohd Idris Abu Bakar, YB Mohd Isa Abu Kassim, YB Abdul Shukur Idrus, YB Sulaiman Abdul Razak, YB Johan Aziz atau YB Muhd Bushro Mat Johor.

[Klik SINI untuk lihat carta]

Lapan kerusi DUN yang diwakili Yang berhormat-Yang Berhormat dari parti Umno (disenaraikan di atas) mempunyai kesemuanya 169,088 orang pemilih berdaftar. Permasalahan dan kepentingan 169,088 orang kebanyakannya Melayu ini berserta ahli-ahli keluarga mereka tidak pernah diberi ruang (rencana sifar) dalam akhbar negeri Selangor Times melalui para Adun.

Adun Subang Jaya disebut Selangor Times dalam 56 rencana; carian untuk 'Subang Jaya' pula membuahkan hasil keputusan 296 rencana.

Carian untuk 'Paya Jaras' (2 rencana), 'Dusun Tua' (4) dan Tanjung Sepat (5). Subang Jaya (296) ialah satu kawasan DUN. Ketiga-tiga Paya Jaras, Dusun Tua dan Tanjung Sepat pun masing-masing kawasan DUN.

DAPster berdengki apabila DUN luar bandar dititikberatkan dari segi nisbah Pemilih:Adun.

Apakah orang bandar tidak memiliki kelebihan-kelebihan dari segi lain? Malah nasib orang Kristian diberi tumpuan oleh akhbar-akhbar antarabangsa — The Wall Street Journal, New York Times, Washington Post, The Economist, dan banyak lagi.

Di kampung halaman sendiri, Selangor Times terus pekak kepada pemilih-pemilih 'bisu' Sungai Air Tawar, Sabak, Hulu Bernam, Batang Kali, Kuang, Permatang, Semenyih and Paya Jaras.

Untuk kajian selanjutnya, cuba kita lihat kepada 10 orang Yang Berhormat BN yang disebut dalam 14 rencana (seorang satu dua) Selangor Times.

Kalau dibuat, katakanlah, satu ukuran akoustik, suara Hannah Yeoh bagi Subang Jaya ialah 56 decibel manakala suara 10 orang Adun Umno Selangor (termasuk seorang MCA) dicampurkan semua sekali hanya 14 decibel.

Ataupun kita boleh bayangkan bahawa sekali teriak, suara Subang Jaya empat kali lebih kuat dan bising daripada suara Sungai Pelek, Dengkil , Seri Serdang, Sungai Burong, Tanjung Sepat, Morib, Sementa, Dusun Tua, Taman Templer dan Jeram jika pun mereka-mereka ini berteriak sekaligus secara berkumpulan.

Kesimpulannya pejabat menteri besar Selangor yang menyelia Selangor Times tidak memandang kepada Melayu yang tinggal di pedalaman.

Mungkin ada yang kata Selangor Times terang-terang pro-Pakatan (dan oleh sebab itu tidak mengendahkan penyokong Umno di luar bandar) serta begitu juga Media Selangorku yang membuat streaming untuk podcast Adun Subang Jaya itu.

'Star' dah tak berapa endahkan MCA

Baiklah, biar kita tengok suratkhabar The Star yang didakwa DAPster sebagai "pembodek" MCA, parti "anjing suruhan" yang selalu tunduk kepada tuannya Umno. Adakah betul The Star menutup ruang kepada Cina DAP?

Untuk pengetahuan umum, bukan sekadar sering dipampangkan Hannah Yeoh di dada akhbar tersebut malah The Star baru-baru ini juga mengundangnya menjadi tetamu untuk rancangan Twitter anjuran mereka.

Carian dalam suratkhabar Star dengan menggunakan enjin dalaman (internal search engine) memberikan keputusan 1,910 rencana berkenaan "Hannah Yeoh".

Hasil carian dalam Star untuk "Satim Diman", iaitu ketua pembangkang negeri Selangor, hanya membuahkan 221 sebutan yang berkaitan.

Kita buat carian lagi dalam Star.

Walaupun Star milik MCA, suratkhabar itu sebenarnya lebih sayang kepada politikus-politikus pembangkang daripada bekas ketua Wanita MCA sendiri.

Orang Umno di Perlis, Kedah, Terengganu dan lain-lain tempat yang terpencil jangan haraplah akan diberitakan dalam Star.

Di negara-negara lain, seorang warga kelas kedua mungkin berada dalam ketakutan (selalu diam-diam sahaja, bersikap pasif, tidak menonjol tingkah laku).

Di Malaysia, si evangelis Kristian ikon kesayangan warga-warga kelas kedua diberikan beribu kali lebih publisiti daripada wakil-wakil warga kelas pertama walau di akhbar milik salah sebuah parti pemerintah.

Sesetengah warga kononnya kelas kedua ini – yang juga merupakan 'minority within a minority' (majoriti-minoriti ialah Cina penganut Buddha) – bukan sahaja tidak bersikap pasif malah merekalah yang paling cenderong memaki-hamun di siang hari.

Adakah perangai sombong dan agresif itu membayangkan golongan yang tertindas?

Menyusul dari 'Bersih 3.0: DAPsters thump their Chinese chests'

Entry filed under: DAPster. Tags: , , , , .

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved