Jumaat, 1 Jun 2012

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


afasz.com: Paradigm Mall VS Giant <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 25 May 2012 11:32 AM PDT

Paradigm Mall merupakan sebuah shopping complex yang baru dibuka bermula Rabu , 23 Mei 2012. Bangunan yang cukup besar bagi aku. Paradigm Mall terletak di SS7 Kelana Jaya. Bersebelahan dengan LDP. Kalau dari rumah sewa aku , kena lalu ikut laluan bawah tanah terus ke parking Paradigm Mall. Aku masih belum berkesempatan untuk datang ke Paradigm Mall. 
Aku snap dari Giant Kelana Jaya.

Tesco VS Giant - Mana pilihan korang kalau nak shopping?
Aku jarang shopping di Kelana Jaya sebab tiap-tiap minggu aku balik rumah family aku di Bandar Baru Bangi. Sekali sekala je beli barang dari Giant Kelana Jaya ni. Sekarang dah buka pula satu shopping complex baru yang sangat besar. Ada TESCO pula tu. Bersaing la Tesco & Giant. Sebelah-sebelah plak tu, 
Sabtu ni, 26 Mei 2012 ada Faizal Tahir akan buat persembahan di Paradigm Mall. Bagi peminat Faizal Tahir, boleh la terjah sini.
Shila Amzah pula akan berada di Paradigm Mall pada 27 May 2012 , Ahad.  


membekal PERABOT <b>di KELANA JAYA</b>… | Irsyad Sidi

Posted: 28 Mar 2012 06:36 AM PDT


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more…

Isu Kompleks Sukan PKNS <b>Kelana Jaya</b> : Perjumpaan PKNS <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 06:10 AM PDT

Isu perobohan Kompleks Sukan PKNS di SS7 Kelana Jaya telah timbul sejak tahun 2011 lagi . Rata-rata penduduk setempat tidak bersetuju dengan cadangan PKNS untuk merobohkan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya itu bagi pembinaan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat. Rata-rata penduduk kecewa dengan sikap PKNS yang lebih mementingkan keuntungan berbanding kepentingan rakyat. Difahamkan kerajaan PR Selangor mahu membangunkan kawasan itu kerana nilai hartanah di situ melambung dan lebih sesuai digunakan untuk tujuan komersil.


Penduduk setempat bimbang sekiranya projek bernilai RM 2 billion ini diteruskan , masalah kesesakan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong akan menjadi lebih serius. Di samping itu Kompleks Sukan PKNS SS7 Kelana Jaya itu juga merupakan tempat riadah dan aktiviti penduduk setempat malah tempat itu telah dianggap sebagai 'trademark' bagi kawasan penempatan Kelana Jaya.

Melalui maklumat yang diterima oleh seorang sahabat sebentar tadi, PKNS akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk mengenai  rancangan untuk membangunkan tapak Padang PKNS . Perjumpaan ini akan diadakaan pada hari Rabu , 23/5/2012 jam 8 malam di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya . Di kesempatan ini saya menjemput orang ramai , khususnya penduduk-penduduk di Parlimen Kelana Jaya dan kawasan sekitarnya untuk hadir dan menyampaikan mesej bantahan anda pada hari itu. Mohon juga disebarkan pada rakan2 yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads