Isnin, 2 Julai 2012

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Semenyih Baru: Pecah Tanah SK <b>Bandar Sunway</b> Semenyih

Posted: 01 Jul 2012 09:14 PM PDT

Orang ramai yang tinggal berdekatan Bandar Sunway Semenyih, Taman Desa Mewah dan sekitarnya dijemput untuk makan tengahari bersama Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi  yang hadir menyempurnakan majlis pecah tanah pada 7 Julai 2012, pada jam 9.30 pagi.
Pada Disember 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Hj Puad Zarkashi telah melakukan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih. Dalam lawatan itu yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, YB datuk Hj Johan Abd Aziz,  beliau telah mengumumkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
(Nota: Gambar-gambar di bawah ialah pandangan perspektif pelukis. Rekabentuk yang serupa akan terbina)
Pengumuman itu telah disambut positif oleh penduduk d kawasan berhampiran terutama Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah. Ketika ini, anak-anak mereka bersekolah sama ada di SK Semenyih, SK Bandar Teknologi atau SK Taman Jasmin yang jaraknya antara 2-3 kilometer.
Setahun kemudian, pada bulan November 2011, Dr Hj Puad telah mengadakan lawatan  di tapak SK Bandar Sunway sekaligus memberi harapan sekolah tersebut akan terdiri dalam waktu terdekat.

Kini, pada pertengahan Jun 2012, kerja-kerja tanah telah dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia sangat melegakan hati para ibu bapa kerana sekolah baru itu akan dapat menjimatkan kos pengangkutan atau tambang bas sekolah. Pada masa sama, ia dapat menjimatkan masa ibu bapa dengan tidak  perlu lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh.
SK Bandar Sunway yang dalam pembinaan ini dibangunkan mengikut kosnep plan baru yang mengandungi pelbagai kemudahan terkini. Bangunan sekolah ini sebanyak lapan (8) blok tiga (3)dengan 24 bilik darjah termasuk sebuha blok pra sekolah. ia juga dilengkapi sebuah padang permainan dan gelanggang bola keranjang dnegan keupayaan menempatkan kira-kira 1,000 orang murid. Kerja-kerja pembinaan mengambil masa selama 15 bulan dan dijangka siap pada akhir 2013.

Dengan siapnya SK Bandar Sunway Semenyih kelak, ia akan dapat mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah berdekatan terutama SK Semenyih. Hari ini, buktinya dapat dilihat. Kerajaan menepati janji dan memahami keluk kesah serta pkeperluan rakyat. Janji ditepati, rakyat didahulukan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads