Isnin, 2 Julai 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Sassy MP » Blog Archive » Peruntukan Mitigasi Banjir <b>di Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2012 12:38 AM PDT

Ucapan Penangguhan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh pada 21 Jun 2012

=========================================================

Volum air hujan yang semakin bertambah telah menyebabkan banjir banyak berlaku di Malaysia, khususnya di Negeri Selangor. Pada 7 Mac 2012, lebih daripada 1,400 rumah di kawasan Hulu Langat dan kawasan Ampang telah dibanjiri, manakala pada 30 Mac 2012, sekurang-kurangnya 5,000 rumah, 15 sekolah dan berates-ratus kedai dan kilang dibanjiri di Klang.

Sebagai seorang anggota kerajaan Negeri Selangor, saya merasa amat kecewa terhadap sikap kerajaan pusat yang tidak mengambil berat tentang rancangan pencegahan banjir di Negeri Selangor dan malah mengurangkan peruntukan mitigasi banjir yang sepatutnya disalurkan ke Negeri Selangor.

Mengikut Rancangan Malaysia (RM) Ke-8, Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM112 juta bagi tujuan mitigasi banjir daripada Kerajaan Persekutuan. Namun, dana mitigasi banjir dikurangkan kepada RM60 juta dalam RM Ke-9. Lebih menakjubkan lagi, dalam RM ke-10, kerajaan pusat  hanya memperuntukkan  RM1.9 juta kepada Negeri Selangor.

Dalam pendengaran SELCAT di Negeri Selangor,  pegawai daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (DID) juga mengesahkan bahawa cadangan mitigasi kebanjiran DID Selangor yang berjumlah RM100 juta yang amat diperlukan itu telah ditolak oleh Kementerian pada tahun 2010, sehingga Kerajaan Selangor terpaksa memberi peruntukan hampir RM50 juta kepada DID Selangor untuk menjalankan projek mitigasi banjir pada tahun 2011 padahal Kerajaan Persekutuan sepatutnya menanggung segala kos perbelanjaan projek DID.

Peruntukan mitigasi banjir berkurang daripada RM112 juta ke RM1.9 juta adalah amat tidak munasabah berdasarkan projek pembangunan dan penduduk di Selangor bertambah daripada tahun ke tahun. Kerajaan Negeri Selangor dan para warga Selangor ingin tahu samada pengurangan peruntukan ini sengaja dilakukan dengan tujuan menghukum warga Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri?

Saya ingin mengingatkan Kerajaan pusat supaya berlaku adil kepada warga Selangor, kerana warga Selangor menyumbang RM16 bilion cukai kepada kerajaan pusat setiap tahun tetapi kerajaan pusat hanya memberi peruntukan sebanyak RM400 juta kepada Negeri Selangor. Satu perbezaan yang begitu besar dan menakjubkan. Sehubungan dengan itu, pelbagai peruntukan yang sebelum ini dinikmati oleh kerajaan Negeri Selangor juga telah dipotong selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Selangor.

Macam manakah Barisan Nasional dapat mengambil-alih Negeri Selangor sekiranya BN terus melakukan dasar yang tidak adill dan menganiayai para pembayar cukai di Negeri Selangor?

Saya ingin minta Kementerian memberitahu di Dewan Yang Mulia ini tentang rancangan mitigasi banjir di Negeri Selangor untuk bulan-bulan yang akan datang, supaya para warga Selangor diberitahu tentang rancangan kerajaan pusat dalam masalah banjir.

Teresa Kok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads