ads

Sabtu, 14 Julai 2012

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


MB : Tapak Perkuburan Bersepadu <b>di Sepang</b> Dipilih Berdasarkan <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 01:38 AM PDT


SHAH ALAM, 11 JUL : Tanah seluas 202 hektar di kawasan Labu dan mukim Sepang dipilih menjadi pusat tapak perkuburan bersepadu, berdasarkan kajian dijalankan golongan profesional dan bukannya perbincangan politik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kedua-dua kawasan ini sesuai dijadikan tapak perkuburan memandangkan kawasan itu tidak sesuai untuk pembangunan komersil, rumah dan berstruktur tinggi.

Katanya, kawasan itu akan dijadikan tapak perkuburan di  selatan Selangor yang tidak mempunyai kawasan untuk pembinaan tapak berkenaan seperti Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Langat.

"Tapak itu dipilih kerana berdekatan kawasan ladang yang luas, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tertakluk kepada kawalan bangunan dari segi pembangunan dibenarkan serta mempunyai jaringan jalan raya yang baik.

"Terdapat juga tapak-tapak lain dikenalpasti di Hulu Selangor dan Sungai Buloh. Perancang Bandar sudah mengenalpasti tanah itu kerana boleh diambil alih pemilikannya itu secara menyeluruh daripada pihak swasta atau dimiliki syarikat ladang," katanya ketika menjawab soalan daripada Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek).

Abdul Khalid berkata, Sepang memerlukan pembangunan untuk maju kerana daerah itu tidak mempunyai pembangunan besar, selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Terimalah pembangunan ini secara terbuka. Selepas ini, saya akan minta Yang Dipertua majlis daerah turun untuk menerangkan perkara ini nanti. Saya harap Sungai Pelek dapat terangkan kepada rakyat," katanya.

Mengulas mengenai konsep tapak perkuburan bersepadu, Abdul Khalid berkata, ia melibatkan perkongsian kawasan bersama daerah berlainan dan konsep itu telah diterima sebelum 2008 lagi.

"Kuala Lumpur telah membeli tanah di Semenyih, Kajang dan Hulu Langat untuk dijadikan kawasan perkuburan bersepadu sebelum ini," katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved