ads

Jumaat, 13 Julai 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


Kau Yang Pertama Dan Terakhir 13 - Koleksi Cerpen & Novel Online

Posted: 07 Jul 2012 09:06 PM PDT

8 July 2012  
Kategori: Novel

Oleh : Qaseh Farina

Bab 13

Bunyi alunan muzik yang hingar bingar tidak sedikit pun memekakkan telinga mereka. Masing-masing sibuk melayan buah hati sendiri. Teman sekuliah Sheikh Azri Sufian ketika di London dan kini telah menjadi rakan sekerjanya, bernama Daniel bersama teman wanitanya, Natasha. Sheikh Azri Sufian pula leka mengayat kekasih hatinya. Siapa lagi kalau bukan Khaira Jackson.

Sekali-sekala kelihatan Khaira tersenyum menggoda sambil melentokkan kepala ke bahu Sheikh Azri Sufian. Tangan Sheikh Azri Sufian pula tidak berhenti-henti mengelus-elus rambut lembut milik Khaira yang panjang separas bahu.

Kemudian tangan nakalnya turun sedikit. Bermain-main pula di bahu Khaira yang separa terdedah. Tergeliat kegelian perempuan itu disertai pula dengan rengekkan halus.

Sheikh Azri Sufian sedar, beberapa pengunjung lelaki kelab malam itu memandangnya dengan penuh rasa iri hati. Siapa yang tidak cemburu, bila melihat dia berjaya mendampingi wanita jelita berwajah Pan Asia seperti Khaira. Ditambah pula cinta hatinya itu seorang model terkenal tanah air. Lagi berbululah mata-mata lelaki tu semua memandangnya.

Setiap kali pandangan lelaki-lelaki itu jatuh padanya, dia akan tersenyum lebar, mempamerkan barisan gigi yang cantik tersusun rapi. Itu adalah senyuman angkuh namanya.

Bila ada gadis-gadis cantik yang melintasi ruang tempat duduk dia tu, Sheikh Azri Sufian akan menghadiahkan senyuman menawan pula untuk mereka.

Bukan sekali dua senyumannya mampu mencairkan hati wanita. Banyak kali juga dia telah berjaya meluruhkan iman kaum hawa. Ketika dia di London dulu pun, semua rakan-rakan sekuliahnya menggelarkan dia kasanova Melayu.

Senyuman menawannya ini jugalah, yang berjaya menambat hati model glamor Malaysia, Khaira Jackson.

Oleh kerana Khaira seorang yang popular, serentak dengan itu, saham Sheikh Azri Sufian juga turut naik mendadak. Tumpang sekakilah katakan.

Walaupun Sheikh Azri Sufian tidak pernah terlibat dalam dunia modelling, namun tempias populariti Khaira terkena juga pada dia. Acap kali juga wajah tampannya menghiasi ruangan-ruangan gosip majalah-majalah hiburan tempatan. Sesekali ada juga dia menerima undangan dari majalah hiburan itu, untuk digandingkan bersama Khaira sebagai cover. Bangga juga rasanya.

Sedang mereka enak melayan pasangan masing-masing, dari celah-celah alunan bunyi muzik yang rancak, sayup-sayup terdengar telefon bimbit milik Daniel berbunyi. Daniel menyeluk saku baju dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Seketika Daniel kelihatan bercakap di talian. Air mukanya kelihatan berubah. Pasti ada yang tidak kena!

Beberapa minit berlalu, Daniel mematikan panggilan dan menyumbatkan semula telefon bimbit itu kembali ke dalam poket baju.

"Habislah kita kali ni Azri. Mati kita…, mati kita. Mampus!" Rungut Daniel pada Sheikh Azri Sufian, tanpa Sheikh Azri Sufian tahu apa puncanya.

"Dah banyak sangat ke amal ibadat kau, nak mendoakan kita ni mati pulak?" Getus Sheikh Azri Sufian. Senyumnya menyeringai di bibir. Kenapa si Daniel ni tiba-tiba jadi kalut pula.

"Come on Azri, hal tu dah jadi seriuslah. Kau tak takut ke? Boleh lagi kau tersenyum lebar macam ni!" Marah Daniel.

"Aku baru je kerja Azri. Aku takut nanti kena tangkap, lepas tu kena buang kerja," sambung Daniel lagi.

Penat dia membebel, tapi Sheikh Azri Sufian buat muka selamba saja. Daniel jadi gusar melihat sikap Sheikh Azri Sufian. Sejak menerima panggilan tadi, dia sendiri sudah rasa pening-pening lalat memikirkan untung nasibnya selepas ini. Si Azri ni boleh lagi buat muka toya!

'Dia nak risau apa. Company tu bapak dia punya. Tak kan bapak dia, nak ambil tindakan pada anak sendiri. Macam aku ni lainlah. Aku ni pekerja saja. Silap hari bulan boleh masuk jel,' omel Daniel dalam hati.

Daniel mendengus kuat. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Kusut betul fikirannya sekarang.

"Aku tak nak kena tangkaplah Azri. Nanti tak pasal-pasal aku kena buang kerja," Daniel mengulangi katanya tadi. Kali ini dengan olahan ayat yang berbeza, tetapi maksudnya tetap sama.

Wajah dia cemas seperti muka seorang suami sedang menanti isteri bersalin. Serabut dan tidak tentu arah betul!

"Kuzi baru telefon aku. Dia cakap, Adam dah tahu pasal kita suruh contractor exchange simen untuk projek The Third Impiana tu. Dengan Adam tu kita tak boleh buat main-main tahu tak! He's such a loyal man to your father," Daniel kejap merenung wajah Sheikh Azri Sufian yang masih leka melayan kerenah Khaira. Apa yang dikatakan oleh Daniel sebentar tadi, bagaikan angin lalu saja di telinganya.

Daniel beralih memandang Khaira pula. Geram sungguh dengan wanita berdarah kacukan Inggeris Melayu ini.

Sheikh Azri Sufian, kalau sudah Khaira menempel macam koyok dekat badan dia, memang tidak ambil endah dunia sekeliling. Daniel mendengus lagi.

Khaira tahu Daniel merenung marah padanya, sengaja dia merapatkan lagi tubuh ke badan Sheikh Azri Sufian. Sedikit sebanyak, tindakan Khaira itu mengganggu tumpuan Sheikh Azri Sufian.

Apa tidaknya, menghidu bau haruman minyak wangi Khaira saja sudah cukup menggetarkan jiwa lelaki Sheikh Azri Sufian. Inikan pula, bila Khaira semakin galak menggesel-gesel manja pada dadanya. Terliuk-lentuk di bahunya, semakin bergoncanglah iman di dada.

"Azri! Pleaselah. Please do something!" Daniel meninggikan sedikit suara apabila tahap kesabarannya semakin lupus.

"Dengar sini Daniel! Let's not talk about business here. Sekarang bukan waktu office hour. Kita datang sini untuk enjoy, nak lupakan semua masalah. Betul tak!? Jadi janganlah spoilkan mood aku. Cuba kau bawa bertenang. Jangan risau sangat. Akukan ada. Takkan jadi apa-apa punya. Kalau terjadi apa-apa pun, aku akan backing kau. Kau kan kawan baik aku, takkan aku nak biarkan kau seorang tanggung masalah tu semua. Lagipun rancangan itu semua idea aku, so anything happen, aku yang akan bertanggungjawap. Pandailah aku nak menjawap dengan papa aku nanti. Aku jamin, you'll remain in your position. Okey, puas hati? Sudah, jangan nak kecoh-kecoh lagi. Jom sayang, kita dance!"

Sheikh Azri Sufian lantas bangun meninggalkan sofa empuk itu sambil menarik tangan Khaira. Khaira tersenyum sinis memandang Daniel. Dia belalu menuruti langkah Sheikh Azri Sufian.

"Baby, jomlah kita ikut dia orang menari." Natasha bangun menarik tangan Daniel, untuk menyertai Sheikh Azri Sufian dan Khaira di lantai tarian. Daniel dengan wajah yang cemberut, menuruti kehendak Natasha tanpa banyak bicara.

'Cakap memang senang. Belum kena lagi… Dah sangkut besok baru nak mengelabah.' Sungut Daniel.

Hampir dinihari, baru mereka melangkah keluar dari kelab itu, menuju ke destinasi masing-masing. Khaira yang sedikit mabuk berpaut pada leher Sheikh Azri Sufian untuk berjalan. Si jelita dipapah masuk ke dalam kereta dan disandarkan pada kerusi.

Beberapa minit kemudian, kereta milik Sheikh Azri Sufian sudah bergerak perlahan membelah dingin malam. Selalunya dialah jagoan di jalan raya. Meter kereta BMW dia tu, kalau tidak mencecah angka 180 kilometer sejam, tidak sah.

Tetapi malam ini, gaya pemanduan Sheikh Azri Sufian macam orang makan angin dekat lake garden saja. Perlahan sungguh. Orang naik basikal pun boleh potong kereta dia ni.

Khaira yang memerhati sedari tadi dapat merasakan ada kelainan pada wajah dan sikap Sheikh Azri Sufian. Tentu perkara yang diberitahu oleh Daniel tadi, telah membuatkan mood Sheikh Azri Sufian rosak. Tidak ceria seperti selalu. Khaira tahu jejaka kacak di sebelahnya ini sedang runsingkan sesuatu.

'Tak apa, biar aku hiburkan dia malam ini.' Desis hati jahat Khaira.

Khaira merapatkan tubuhnya pada Sheikh Azri Sufian.

"You tidur rumah I malam ni ya sayang," Khaira merebahkan kepalanya ke bahu Sheikh Azri Sufian. Tangannya berlari-lari di dada bidang Sheikh Azri Sufian.

Sheikh Azri Sufian cuma menggeleng.

"You tahukan prinsip I. Selagi kita belum berkahwin, I'll never sleep with you," suara Azri tidak berminat. Otaknya kini lebih banyak dipenuhi dengan masalah Impiana Resort. Masalah yang dia sendiri cipta.

"Alah! You ni, tak sporting lansung. Kolot betul! Sekarang ke, atau lepaskan kahwin ke, sama saja." Khaira menegakkan semula badannya. Muncung sudah panjang sedepa. Merajuk.

"Sayang… pleaselah. Jangan buat I macam ni. Kepala I tengah pusing ni, takkan you nak tambah pening I lagi." Sekilas wajah Khaira dipandang.

"Suka hati youlah!" Rengus Khaira kasar. Badan dikalih mengadap ke tingkap.

Sheikh Azri Sufian biarkan saja Khaira merajuk begitu. Entah kenapa malam ini dia merasa letih untuk melayan perangai Khaira yang macam air laut ni. Sekejap pasang, sekejap surut, sekejap tenang, sekejap bergelora.

Kalaulah wanita di sebelahnya ini, bukan orang yang amat dia cintai, memang sudah lama dia bolayan. Buat sakit jiwa saja. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit nak temper.

'Ah! Lantaklah. Biarlah dia merajuk. Besok-besok, aku pujuklah balik. Bukan susah sangat pun nak pujuk dia ni. Aku hadiahkan saja rantai ke, gelang ke, okeylah semula tu. Baik aku fikirkan tentang masalah projek Third Impiana tu.' Detak Sheikh Azri Sufian.

Pada mata kasar, Sheikh Azri Sufian mungkin kelihatan seperti tidak ambil endah mengenai kes runtuhan bangunan pentadbiran The Third Impiana Resort tu. Tetapi di sebalik sikap selamba Sheikh Azri Sufian, sebenarnya dia sendiri berasa gusar. Memang silap dia, The Third Impiana Resort mengalami masalah. Kerana dialah kos pembinaan resort itu kini meningkat dua kali ganda.

Sekarang, Adam Brian sudah mengetahui punca runtuhan bangunan itu. Lambat laun Adam Brian akan dapat menghidu, sebab runtuhan itu adalah kerana kesilapan dia dalam percaturan untuk mengurangkan kos pembinaan The Third Impiana Resort. Dan selepas Datuk Sheikh Mustapha mengetahui perkara itu, dia pasti Datuk Sheikh Mustapha tidak akan melepaskan dia dengan begitu mudah.

Sheikh Azri Sufian mengeluh kesah.

"Are you sure Adam?" Datuk Sheikh Mustapha mengerutkan dahi. Bagaikan tidak percaya pada berita yang baru dia terima.

"Betul Datuk. Staff dia sendiri yang pecah lubang. Bila I desak-desak dia orang, I ugut nak buat report polis baru dia orang nak beritahu."

Datuk Sheikh Mustapha, menggenggam erat buku limanya. Sudah hilang sabar dia dibuatnya. Kalau budak kecil bolehlah dirotan, sekiranya melakukan kesilapan. Ini sudah besar panjang. Belajar pun nun jauh ke seberang laut. Takkanlah begitu cetek pemikiran dan pertimbangan Sheikh Azri Sufian?

Di manakah silap dia dalam mendidik Sheikh Azri Sufian? Di manakah kurang dia dalam membentuk anak lelakinya itu? Jauh benar beza perangai Sheikh Azri Sufian dengan perangai dia, apatah lagi dengan perangai ibunya.

Apakah ini akibat dari terlalu dimanjakan oleh Sharifah Sakinah, nenda Sheikh Azri Sufian?

Datuk Sheikh Mustapha menggeleng-geleng kepala, masih tidak percaya.

"Okeylah. Thank you Adam, sebab you berani beritahu I. You tolong panggilkan Sufi. Let me settle this with him, alone." Tegas Datuk Sheikh Mustapha.

Adam Brian segera bangun meninggalkan pejabat Datuk Sheikh Mustapha.

"Adam! Jangan lupa rancangan kita untuk ke Teluk Biru tengah hari ni." Datuk Sheikh Mustapha berkata pada lelaki itu sebelum dia melangkah pergi.

"Baik Datuk. Saya tunggu Datuk di lobi." Balas Adam Brian.

Datuk Sheikh Mustapha mengangguk.

Hilang saja lelaki itu, Datuk Sheikh Mustapha terus mengeluh panjang. Muka yang sudah tua bertambah berkerut, memikirkan tentang Sheikh Azri Sufian. Wajah tuanya kelihatan tegang, air muka jadi keruh.

Sampai bilakah, Sheikh Azri Sufian akan terus-terusan bersikap begitu. Andai dibiarkan, tidak mustahil empayar perniagaan yang diasaskan oleh babanya sejak berpuluh tahun dulu, akan musnah satu hari nanti.

Semuanya gara-gara sikap gelojoh Sheikh Azri Sufian. Sikap yang mahu memperolehi keuntungan dengan cara yang cepat dan mudah, tanpa memikirkan kesan dan kemudaratan.

Sebentar kemudian, kedengaran pintu bilik Datuk Sheikh Mustapha diketuk bertalu-talu.

"Masuk," laung Datuk Sheikh Mustapha tinggi.

Daun pintu ditolak dan muka Sheikh Azri Sufian terjonggol di situ. Wajahnya kelihatan sungguh tenang. Seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Cuba nak cover linelah tu. Walhal dia sudah boleh meneka, apa yang akan ditanya oleh Datuk Sheikh Mustapha sebentar lagi.

Tentu papanya sudah menerima laporan dari Adam Brian. Kalau tidak, masakan Adam Brian pula yang memaklumkan pada dia, Datuk Sheikh Mustapha ingin bertemu dia. Bukan si 'pot pet' Kathy.

Sheikh Azri Sufian melangkah dengan penuh bergaya, menghampiri meja Datuk Sheikh Mustapha. Sedikit pun dia tidak kelihatan takut.

Datuk Sheikh Mustapha berdiri dari kerusi. Tangan kanannya memberi isyarat supaya Sheikh Azri Sufian duduk di sofa. Sheikh Azri Sufian menurut saja.

Selepas Sheikh Azri Sufian melabuhkan punggungnya ke sofa empuk itu, Datuk Sheikh Mustapha segera bergerak ke arah anak muda itu. Dia menepuk-nepuk bahu Sheikh Azri Sufian.

"Well done young man! Well done! I'm very proud of you," Suara Datuk Sheikh Mustapha penuh sinis.

Sheikh Azri Sufian terkedu. Wajahnya tiba-tiba berubah.

'Pelik! Ingatkan nak kena marah, tapi kena puji pula. Apa cerita?' Hati kecil Sheikh Azri Sufian berkata.

"What the hell have you done Sufi?" Tiba-tiba Datuk Sheikh Mustapha berubah nada, tinggi membentak. Merah padam mukanya. Mata pula mencerlung tepat ke wajah Sheikh Azri Sufian.

Anak muda itu memandang wajah Datuk Sheikh Mustapha tidak berkelip-kelip. Sudah ditempik begitu, masih lagi berani bertentang mata dengan Datuk Sheikh Mustapha.

"Sufi nak lingkupkan syarikat kita ni ke hah!? Nak sangat tengok syarikat kita ni gulung tikar? Apa yang Sufi fikirkan? Apa yang dah merasuk kepala otak Sufi ni? Lansung tak dapat membuat pertimbangan yang rasional. Tak tahu nak fikir yang mana baik, yang mana buruk. Sufi dah merosakkan nama baik syarikat kita! Care to explain why?"

Sheikh Azri Sufian diam membisu. Nampaknya Datuk Sheikh Mustapha sudah tahu.

"Why Sufi? Why!?" Suara Datuk Sheikh Mustapha bertambah keras.

Sheikh Azri Sufian tunduk. Cuba menyusun alasan.

"Ini semua sebab Khaira. I told you, she had a bad influence on you. She's…"

"Papa! Please don't put Khaira in this situation. Dia tidak ada kena mengena dalam hal ini," cantas Sheikh Azri Sufian berani.

"So…, you should have a good reason why?"

"Come on papa. Sufi cuma nak pastikan yang syarikat kita tidak membazir dalam projek pembinaan The Third Impiana Resort tu. Sufi cuba kurangkan kos pembinaanya. So, duit tu kita boleh gunakan untuk benda lain. Benda yang boleh memberi kita lebih banyak keuntungan. Contohnya Sufi laburkan pada saham, so that we'll gain more profits. Get more money, in a short time. Papa juga yang bagi Sufi green light, untuk Sufi handle sendiri on my way. So I do, the way I think I should do it."

Datuk Sheikh Mustapha ketawa sinis.

"Ooo… no wonder our company now untung berlipat kali ganda. Nanti bolehlah papa promote Sufi jadi CEO Megah Holding ni, sebagai ganjaran di atas kejayaan Sufi tu," sindir Datuk Sheikh Mustapha.

Muka anak muda itu sudah bertukar kemerahan bila diperli begitu.

"Sufi masih berani lagi nak menegakkan kesilapan Sufi? Dahlah mencemarkan nama syarikat, kos pembinaan bertambah. Duit yang Sufi laburkan dalam saham tu, mana dia? Sudah dapat untung? Berapa percent keuntungan syarikat ni bertambah dengan plan Sufi tu? Shall papa call , all your ideas is a brilliant plan?"

Datuk Sheikh Mustapha mendengus lagi. Bukannya dia tidak tahu Sheikh Azri Sufian seorang yang bijak. Memiliki pula segulung ijazah dalam bidang perniagaan dari universiti luar negara. Lulus dengan keputusan yang amat cemerlang. Tapi lansung tidak boleh diharap. Sepatutnya Sheikh Azri Sufian mampu memberikan idea-idea yang bernas, bagi memajukan lagi syarikat ini. Ini lain pula jadinya. Bukannya membawa keuntungan, nak menjahanamkan lagi ada!

"Sufi tahu tak, tindakan Sufi, keputusan yang Sufi buat, boleh menjerumuskan syarikat kita ini ke dalam keadaan yang merbahaya. Boleh bankrupt tahu tak!? Sekarang ni siapa yang nak tanggung semua kerugian syarikat?"

"Sufi akan bertanggungjawap sepenuhnya papa," Sheikh Azri Sufian berkata tenang.

"Okay, if you say like that. And how about the problem at The First and The Second Impiana Resort? Plan yang Sufi jalankan untuk mengurangkan kos pengurusan telah menimbulkan banyak masalah."

"Papa… Sufi buat semua tu untuk kebaikan dan kepentingan syarikat. Keuntungannya memang kita tidak nampak dalam masa yang terdekat ini. But this is a good way for a long period."

"What!? A good way? Papa tak nampak pun what is a good way! Apa yang papa tahu, kita terima banyak rungutan dari pelanggan. Sufi tahu tak berapa banyak complaint report kita terima dalam masa tiga bulan ini? A lots Sufi… a lots…"

"Baru tiga bulan papa. Kita tunggu dulu lagi beberapa bulan," suara Sheikh Azri Sufian yakin.

"Nope! Cukup dua bulan ini saja. Kalau papa biarkan, tak tahu lagi nanti apa akan jadi. Boleh tutup resort kita tu!"

"But papa…"

"Papa said no, Sufi! Our business is related to the people. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan. Resort kita adalah pembawa nama Malaysia pada mata pelancong-pelancong asing. Kalau service dan layanan kita tidak bagus, ianya akan memburukkan nama resort kita dan Malaysia sekali gus."

Datuk Sheikh Mustapha diam seketika. Tekaknya sudah berasa perit.

"Sufi tahu tak, dalam tempoh dua bulan ini jumlah pelancong yang tinggal di resort kita semakin berkurangan. And you know how much kita sudah rugi?"

Sheikh Azri Sufian menggelengkan kepala.

"Almost a million Sufi. And that is a lots. Kerugian yang ini pun Sufi akan tanggung ke?" Soal Datuk Sheikh Mustapha.

"Yes. But papa kena beri Sufi lebih masa."

"Papa mahu Sufi atur semula organisasi di dua resort tu. Pekerja yang Sufi kurangkan, Sufi tambahkan semula. Macam mana kita hendak berikan layanan yang bagus kalau kekurangan kakitangan? Menu-menu yang Sufi tukar, ubah semula dan masukkan menu-menu baru yang lebih membuka selera. Bahagian housekeeping, cari kontrak dobi yang baru. Ambil yang murah, tapi tidak bersih buat apa! And papa mahu Sufi resolve semua problem di resort-resort tu secepat yang mungkin."

"Baik papa," Balas Sheikh Azri Sufian perlahan.

Datuk Sheikh Mustapha merenung wajah di hadapannya ini. Kadangkala dia kagum dengan sikap Sheikh Azri Sufian. Bukan sekali dua dia melakukan kesilapan. Sudah banyak kali. Maklumlah, fresh graduate. Pengalaman pun kurang. Harapkan teori masa belajar dulu saja. Mana hendak menjadi.

Tapi Sheikh Azri Sufian seorang yang tabah dan degil. Kerap mengikut gerak hati. Cekal menerima kritikan. Cuma satu sahaja yang silap, percaturannya selalu saja tersasar.

Apa yang Datuk Sheikh Mustapha nampak, kelemahan Sheikh Azri Sufian terlalu obses pada perempuan. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu cantik. Contohnya seperti Khaira Jackson. Kalau dia terlalu leka, tidak pandai mengawal diri dan tidak berhati-hati, Sheikh Azri Sufian mungkin akan rebah.

Khaira telah banyak menghanyutkan dia ke jalan yang salah. Dan sayang, hakikat itu masih belum disedari oleh anaknya itu.

Tiba-tiba Datuk Sheikh Mustapha teringatkan sesuatu. Satu demi satu nama-nama itu beratur di mindanya. Wajah-wajah insan yang telah berbudi padanya terpapar di layar mata, bersilih-ganti. Dan peristiwa di Teluk Biru bertandang semula.

"Papa tahu apa yang perlu Sufi lakukan untuk membayar semula semua kerugian yang telah Sufi lakukan."

"Lakukan apa papa?" Fikiran Sheikh Azri Sufian ligat berputar.

'Company kerugian berjuta ringgit disebabkan oleh kebodohan aku sendiri. Kalau papa minta ganti dengan wang, macam mana? Manalah aku nak cari duit,' desis Sheikh Azri Sufian.

Mulut Datuk Sheikh Mustapha sedikit terbuka untuk menyatakan sesuatu, tetapi dimatikan oleh deringan telefon. Gagang di angkat laju.

"Hello."

"Datuk, sudah hampir tengah hari. Datuk kata hendak bertolak ke Port Dickson tengah hari ni." Suara Kathy dari corong telefon.

"Terima kasih, Kathy."

Datuk Sheikh Mustapha meletakkan semula gagang telefon di tempatnya. Pagi tadi sengaja dia berpesan pada Kathy supaya mengingatkan dia tentang rancangannya untuk ke Teluk Biru semula. Segera Datuk Sheikh Mustapha menyarung kot dan membetul-betulkan tali lehernya.

"Papa nak Sufi lakukan apa, papa?" Soal Sheikh Azri Sufian sekali lagi. Dia merenung hairan Datuk Sheikh Mustapha yang sedang bersiap-siap untuk keluar.

"We'll talk later. Papa ada hal. Kita akan discuss hal ini bila papa pulang dari Teluk Biru nanti."

Sheikh Azri Sufian hanya mengangguk.

"Lagi satu Sufi, nasihat papa…. get rid of from Khaira. Dia tidak ada membawa apa-apa keuntungan pada Sufi. Kalau Sufi tinggalkan dia, Sufi tak akan rugi sesen pun. Papa tak mahu lagi dengar Sufi ada hubungan dengan dia." Tutur Datuk Sheikh Mustapha sebelum melangkah keluar.

'Sufi tak tahu apa yang papa lakukan ini kerana papa sayangkan Sufi. Juga demi kebaikkan Megah Holding. Sufi belum kenal Khaira Jackson dan Jackson Amir tu siapa. Papa takut bila Sufi tersedar, semuanya sudah terlambat.' Bisikan hati Datuk Sheikh Mustapha tidak sampai ke pendengaran Sheikh Azri Sufian.

Sheikh Azri Sufian menghantar langkah Datuk Sheikh Mustapha dengan padangan.

'Kenapa susah sangat papa hendak menerima Khaira?'


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved