ads

Rabu, 4 Julai 2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


JENDELA KEHIDUPAN: Seharian <b>di Tanjung Karang</b>

Posted: 29 Jun 2012 01:49 AM PDT

Assalamualaikum

Salam Jumaat untuk semua.

Alhamdulillah dah sampai hari jumaat, umm tapi esok pun kena kerja jugak half day jee.moo man taii laah.

Hujung minggu lepas sabtu pagi-pagi lagi dah keluar rumah menuju ke Tanjung Karang sebab nak kena attend dua kenduri kawin sahabat handai MIL.. Teruja sebab pertama kali dapat pergi ke sana. Memang tak pernah sampai sebelum nih...sebelum sampai kat sana terbayang mesti sawah padi terbentang luas sana-sini..Tapi yang tak syoknyer sekarang bukan musim menanam padi. Bendang tengah dibajak sebelum musim menanam padi bulan 7 nanti..

Wah bila dah sampai sana, daripada jalan besar kena masuk jauh ke dalam lagi ikut jalan kecil yang mana kiri-kanan ada bendang padi yang nun sayup mata memandang. Pastu nampak rumah-rumah orang kampung kat tengah-tengah bendang padi tuhh..Ni yang duk ada dalam drama melayu ni, mesti duk shooting kat sini nih..Angin pun bertiup nyaman jeer..best betul...Terus terbayang kalau ada rumah kat tepi bendang nih, mesti kena tanam pokok kat tepi rumah pastu buat pangkin kat bawah pokok tuu...petang-petang boleh duk melepak kat situ makan goreng pisang kee, makan coleh pauh ker..hahahhahauuhuu, dah start berangan dahhh..sebenarnya bila sampai sini terus teringatkan kampung halaman. Dulu kat depan rumah pun ada pokok pauh pastu kat bawah pokok tu ada pangkin..so petang-petang memang jadi port untuk lepak beramai-ramai sambil makan colek pauh yang di ambik fresh dari atas pokok tuu..hoohoooo, indah betul memori dolu-dolu....

tengok tu betapa luasnya bendang padi, gambar just ambik dari dalam kereta aje..kalau ada padi mesti cantikkan hijau+kuning

Bila dah sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi, Alhamdulillah makanan yang dimasak secara rewang dah siap dahh..apalagi terus terjah laa, memang simpan perut dari rumah lagi sebab nak makan kat kenduri nih..Kat sini semuanya dimasak sendiri dan menu dia pun lain daripada catering nih..sooo sedap ada lala goreng, kurma daging, ayam goreng panas-panas, air asam dan banyak lagi lah..Bubur pun ada,oooh tapi sayang tak sempat nak snap makanan dan jugak suasana masa kenduri tu sebab memang tak ingat lansung nak kuarkan kamera,, yang duk ingat dalam kepala nak makan jeer.. pastu sibuk nak gilir-gilir jaga MNAS sebab dia terlebih excited sebab kat depan rumah pengantin tuh ada tali air..MNAS ingatkan swimming pool, so dia apa lagi nak turun daaa...sabar jee laa..berpeluh-peluh duk lari sana-sini duk explore kawasan kampung tuhh..

Lepas dah kenyang dan borak-borak dengan orang kampung maka berangkat lah pula ke rumah yang kedua pulak..Actually rumah ni kerja kawin nya esok hari, tapi dah alang-alang datang hari ni sekali harung jeer lahh..takkan nak datang lagi esok nyee..Walaupun belum sampai harinya lagi tapi makanan dan kuih-kuih dah banyak terhidang untuk tetamu dah..oo rupanyeer adat orang jawa memang gini yaa..bagus-bagus dapat makan lagi..kuikui, makan sesajo..makan lagi seround nasi, tapi sikit aje just ratah lauk-pauk yg ada jee dan makan kuih muih

Ni antara kuih tradisi jawa yang ada, kalau tak salah nama kuih ni adalah LEMPIR

Cer closed up sikit

kuih ni dbuat daripada pulut dan intinya daripada udang dan sambal ikan yaa..kalau tak salah...dap-dap Ni pulak baulu sabut pun sedap jugak, rasanye diorang bakar baulu ni guna sabut kelapa tuu ya..betul kee idok yaa? rumah ditepi sawah bertiang tinggi..so klasik..cantik...kat bawah tuu boleh buat tempat kerja merewang. tema tuan rumah ni pink dan purple...angin betul-betul kuat bertiup..nyaman jeerr Lepas tu bertolak balik, tapi sebelum tu singgah dulu kat rumah sedara kat sini pun kat tepi sawah bendang jugak. paling kagum sebab disekeliling rumah ditanam dengan pokok bunga macam-macam jenis dan jugak pokok-pokok herba..Kiranya kalau nak masak or nak makan ulam tak payah nak beli lah..Bagus betul berbudi pada tanah

Orkid pun ada..

Petang baru bertolak balik kerumah, penat sangat tapi sangat seronok...Nanti lain kali kena pergi masa padi tengah menguning pulak...mesti amazing. Dalam perjalanan balik sempat lagi singah makan cendol durian,,nyummyy..tu next blog laaa...

Selamat berhujung minggu semua

Assalamualaikum

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved