Rabu, 31 Oktober 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Pemandu teksi dibunuh <b>di Cheras</b> - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 08 Oct 2012 07:31 PM PDT

Posted by admin on October 9th, 2012

Seorang pemandu teksi ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan kecederaan pada kepala di tanah perkuburan Kristian di Jalan Kuari, Taman Midah, di sini, Isnin.Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat lelaki warga tempatan itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mangsa berusia lingkungan 40-an itu ditemui terbaring di tepi jalan di tanah perkuburan itu manakala teksinya dijumpai kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. Saya percaya mangsa diarah memandu ke tanah perkuburan itu sebelum berlaku rompakan, pergelutan dan mangsa yang ditikam cuba melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata terdapat kesan darah di tempat duduk pemandu dan polis turut menemui dua bilah pisau pemotong sayur di lokasi kejadian iaitu satu dijumpai di dalam teksi dan satu lagi berhampiran mangsa. Gambar atas: Anggota polis dari Unit Forensik memeriksa mayat seorang pemandu teksi yang dipercayai dirompak sebelum dibunuh

"Dua bilah pisau itu diserahkan kepada pihak forensik yang akan memastikan sama ada ia ada hubungkait dengan kes itu," kata Mohan, sambil menambah bahawa polis percaya lebih daripada seorang suspek terlibat dalam kes itu.

Mayat yang ditemui tanpa pengenalan diri itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

Stor Rumahtangga Untuk Kebahagiaan, Keceriaan & Kenikmatan Hubungan Suami Isteri.KLIK SINI
Peraduan Kenali Vimax Original Kanada, Peluang Untuk Memiliki PERCUMA Sebuah Galaxy Note! KLIK SINI
Shhhh…. Ada Alat Istimewa Untuk Lelaki. Rahsia Jadi Kuat, Bertenaga & Berkuasa Kuda!! Klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads