Khamis, 1 November 2012

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Roketkini.com >> <b>Subang Jaya</b> cemerlang <b>di</b> mata Ketua Audit Negara

Posted: 29 Oct 2012 09:05 PM PDT

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah berjaya menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering menerima pujian daripada Jabatan Audit Negara. Bersama wartawan Roketkini, Iza Suraiya yang telah menemubual dua ahli majlis, Saudara Rajiv a/l Rishyakaran dan Saudara Ken Chia bersama-sama dengan Saudari Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, untuk mendalami cara kerja MPSJ yang begitu cemerlang.

Apakah yang dilakukan MPSJ untuk mengekalkan pencapaian terbaik berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara?

RAJIV: Belanjawan kita merupakan 'belanjawan terbuka', begitu juga dengan laporan kewangan bemakna rakyat boleh mengakses dan memeriksa sendirin aktiviti majlis inilah yang dilakukan oleh MPSJ.

KEN: Di MPSJ, kita juga ada sepasukan pengaudit yang bertindak memastikan amalan  akauntabiliti dan ketelusan dijaga oleh pihak majlis. Penduduk juga boleh menyemak sama ada wujud sebarang penyelewengan pada masa yang sama  MPSJ juga sering menjalankan mesyuarat untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

HANNAH: Mengenai belanjawan selepas tahun 2008, kita telah memastikan agar
ahli-ahli majlis tidak membazir dengan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit kepada perkara yang tidak perlu yang tidak dikehendaki penduduk juga.  Tidak ada penyelewengan dan lebihan belanja kepada perkara-perkara yang tidak perlu terutama yang menguntungkan kroni semata-mata. Saya rasa inilah antara sebab kerajaan Barisan Nasional tumbang.

Saya memang berpuas hati dengan pencapaian ini kerana sejak tahun 2008 kita tidak mendengar sebarang kes penyelewengan PBT dan sebagainya. Ini salah satu bukti Selangor telah berjaya mencapai pentadbiran yang bersih.

Pada pendapat saya, kita perlu meneruskan lagi sebarang penambahbaikan bagi beberapa perkara terutamanya berkaitan penyelarasan belanjawan untuk menyalurkan lebih wang dalam menambahbaik infrastruktur seperti penurapan jalan, penyelenggaraan padang, penyelenggaraan pokok. Ini yang penduduk mahukan.

Bagaimana pihak MPSJ sendiri menyelesaikan masalah berbangkit yang timbul daripada penduduk setempat?

KEN: Seperti saya ahli majlis bagi Bandar Sunway, kita dapati penduduk mahukan pembangunan dan G&G (Gated and Garden). Bagi isu pembangunan, penduduk hanya mahu semuanya dikekalkan. Kita tahu Bandar Sunway dikelilingi oleh tiga lebuhraya iaitu Lebuhraya NPE, KESAS dan LDP. Sebarang pembangunan baru yang ingin di lakukan perlulah melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk meminta kebenaran. Apapun, pihak MPSJ juga mendengar dan bertanggungjawab terhadap penduduk.

Apabila kita melihat isu berkaiyan G&G, kita juga berhadapan dengan cabaran. Disini, ada kumpulan penduduk yang mahukan perlaksanaannya dan ada sebuah lagi kumpulan kecil yang menolak dan ingkar untuk membayar skim G&G walaupun kita telah menyediakan garis panduannya.

Bagaimana pihak MPSJ membantu menyelesaikan setiap aduan yang diajukan oleh penduduk?

HANNAH: MPSJ mempunyai kumpulan bertindak yang dipanggil 'Response Team' dimana mereka akan berkhidmat pada 24 jam untuk sebarang masalah yang diadu  oleh penduduk. Sehingga kini, kita dapati masih wujud beberapa masalah yang belum selesai terutamanya masalah pengutipan sampah. Kita memang sedang mengusahakan jalan penyelesaian yang lebih efektif.

Selain itu keduanya, kita perlu mempunyai lebih banyak peruntukan untuk infrastruktur bagi penyelenggaraan padang dan penambahbaikan bagi taman permainan kanak-kanak. Mengikut kaedah Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang dahulu, beliau memberi lebih fokus kepada "back to the basis" dan bila ada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang baru, beliau mempunyai fokus penyelesaian dengan kaedah yang berbeza.

DUN Subang Jaya adalah kawasan bandar. Kebanyakan aduan dari penduduk adalah mengenai sistem yang ada sebelum ini dan bukan kerana mereka menentang MPSJ. Mereka juga mengharapkan kita memberikan respon yang awal  dan ada juga yang memerlukan respon balas melalui email. Jadi, pegawai PBT sendiri perlu komited untuk menjawab email kerana pihak MPSJ mempunyai tempoh selama 14 hari untuk bertindak terhadap aduan-aduan yang dibuat kerana ada juga aduan yang yang memerlukan tindakan segera.

Saya juga berharap dan percaya kakitangan di MPSJ perlu bersikap lebih pro-aktif. Selain daripada menunggu aduan seperti lampu rosak, jika mereka mempunyai pasukan yang lebih efisyen, mereka boleh melakukan rondaan dan mencari masalah di kawasan-kawasan dibawah kelolaan MPSJ. Pada pandangan saya, itu lebih baik.

RAJIV: Tidak dinafikan perkhidmatan MPSJ bagus dan mempunyai PBT yang cekap, jika dilihat kepada isu kutipan sampah semasa pertukaran Alam Flora kepada persendirian, memang kita mengalami sedikit masalah. Tetapi selepas itu dan sehingga hari ini penduduk berpuas hati kepada perkhidmatan yang diselenggarakan oleh syarikat persendirian kerana mereka akan mengambil sampah 3 kali setiap minggu.

Hal ini, hampir tiada aduan mengenai masalah kutipan sampah di kawasan mereka. Jika ada pun aduan, ini kerana penduduk mahukan pengutipan sampah ini dilakukan 5 kali seminggu. Buat masa ini saya lihat semua kawasan dibawah selian MPSJ adalah baik di samping 24 ahli majlis yang efisyen menjalankan tugas mereka. Ahli majlis juga sentiasa memaklumkan masalah ataupun aduan yang diterima terus kepada pihak MPSJ untuk menjalankan tindakan yang selanjutnya. Tidak ada tempat yang dikatakan ahli majlis tidak menjaga kawasan mereka. Isu sebegitu tidak akan timbul.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara menyatakan indeks jenayah menurun dengan adanya CCTV di Subang Jaya, adakah MPSJ ada menyediakan pasukan untuk mengawal selia CCTV ini

RAJIV: MPSJ ada tiga jenis CCTV. Satu CCTV milik MPSJ sendiri, kemudian kita ada lebih kurang 50 unit CCTV daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan satu lagi yang terbaru adalah kontrak daripada kerajaan negeri. Kesemua CCTV ini akan dikawal selia oleh satu bilik gerakan yang sama dimana pegawai MPSJ sendiri akan pantau.

Jika ada masalah kepada terhadap CCTV berkenaan, kita akan memaklumkan secara bertulis kepada syarikat yang yang bertanggungjawab. Cuma jika syarikat itu tidak mengambil tindakan mungkin disebabkan masalah melibatkan perjanjian, inilah kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk masa yang akan datang.

Sebagai ADUN DAP bagaimana penerimaan orang Melayu terhadap parti?

HANNAH: Sebenarnya, penduduk hanya mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat untuk mereka, di Subang Jaya, kita tidak punya masalah dengan masyarakat Melayu khususnya pada masa yang sama kita menjalinkan hubungan yang baik dengan surau dan kariah-kariah masjid dikawasan sekitar.

Bila bercakap soal pembangunan, ia semestinya melibatkan semua orang, begitu juga dengan keselamatan. Jadi, kita tidak pernah dan tidak boleh mengadakan program untuk satu-satu kaum sahaja. Disini kami adakan program yang melibatkan semua kaum seperti gotong-royong untuk menghapuskan denggi, forum bersama pihak polis dan banyak lagi.

Selain itu, kita juga memastikan peruntukan sebanyak RM600 ribu setahun diagih mengikut program dan kesesuaian di sesebuah kawasan tersebut.

Bagi penduduk Melayu di sini, kita jaga kebajikan mereka. Sebagai contohnya pada bulan Ramadhan, kita memperuntukan setiap masjid sebanyak RM2000 dan surau sebanyak RM1000 setiap tahun sejak tahun 2008. Jumlah ini tinggi berbanding ketika pemerintahan BN.

Saya mahu orang Melayu yakin terhadap perkhidmatan yang diberikan DAP dan bukan hanya orang BN sahaja yang pandai menjaga kebajikan orang Melayu.

Bagi saya, pilihan raya yang akan datang adalah ujian terhadap sokongan rakyat kepada PR, ia juga bergantung kepada kawasan. Yang penting sekarang kita patut memberikan tumpuan kepada kawasan luar bandar untuk menambahkan lagi sokongan di situ.

Saya tahu Selangor menjadi perhatian kepada kedua-dua parti. PR mahu mengekalkan kemenangan dan BN pula mahu mengambil balik tampuk pemerintahan.

Kalau kita lihat dewasa ini, BN banyak memainkan isu agama dan kaum. Ini sangat tidak sihat. Sepatutnya, mereka perlu lebih memberi lebih tumpuan kepada masalah utama rakyat iaitu ekonomi dan menghapuskan rasuah. Jadi, PR harus lebih terus berusaha dan bekerja kuat dan tidak mengambil mudah walaupun sokongan rakyat itu ada.

Bagaimana saudari melihat sokongan wanita muda terhadap PR khususnya terhadap DAP melalui program-program yang dianjurkan

HANNAH: Di Subang Jaya kita, mana-mana program dianjurkan tidak tertumpu kepada isu wanita sahaja. Ia juga melibatkan soal keselamatan dan sebagainya. Hal ini sering kali dibahas di parlimen oleh ahli-ahli parlimen DAP kepada Kementerian Dalam Negeri. Saya percaya kita akan memperoleh sokongan daripada wanita jika masalah atau isu keselamatan mereka terutamanya dijaga.

Saya rasa ketika ini wanita cuma risau mereka tidak ada lagi juru cakap bagi golongan wanita  kerana jika dilihat sekarang ini senarionya, menteri yang menjaga hal ehwal wanita juga dipegang oleh Perdana Menteri sendiri.

Selain itu, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri juga ada menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol orang bukan Islam. Semua ini sebenarnya tuduhan bersifat fitnah dan kerana kurangnya 'gender sensitive'. Kenyataan berniat jahat ini sememangnya memalukan dan menumbulkan kekeliruan.

Fokus saya lebih kepada wanita luar bandar kerana mereka kurang pendedahan maklumat yang tepat. Jadi, saya berharap kerajaan Selangor dapat menyediakan perkhidmatan WiFi percuma agar semua rakyat boleh mendapatkan informasi yang diperlukan.

Saya juga melihat caranya ialah apabila bila tiba musim perayaan, kita akan mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya yang menggunakan lebuhraya di kaunter-kaunter kutipan tol.

Pandangan saudara pula mengenai kurangnya  penglibatan orang muda dengan politik

RAJIV: Memang ramai anak muda yang menyokong tetapi mereka masih tidak menonjolkan diri kerana mereka sedar kemungkinan kehadiran mereka akan memberikan impak kepada kumpulan masyarakat. Selain itu, saya rasa mereka merasakan DAP di Subang Jaya dan Petaling Jaya sudah cukup kuat. Ini mungkin juga salah satu faktor.

Keduanya saya rasa keterbatasan masa menjadikan mereka kurang terlibat secara fizikalnya dalam politik.

Saya harap mereka akan lebih melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan selain menjadi sukarelawan kerana pilihanraya kali ini adalah penentu untuk masa depan anak cucu kita. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads