Khamis, 18 Oktober 2012

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Penduduk, Pemimpin Setempat Diminta Pantau Projek MARRIS

Posted: 15 Oct 2012 10:34 PM PDT

KUALA LANGAT 16 OKT : Penduduk dan pemimpin setempat diminta menjadi pemantau Kerajaan Negeri dalam usaha menjayakan projek-projek di bawah Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT), Haniza Talha berkata demikian ketika membuat tinjauan projek MARRIS yang dilaksanakan pada tahun 2011 di sekitar DUN Jenjarom di sini pagi tadi.

"Kita dapati pihak PBT adakalanya tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk melakukan pemantauan, jadi kita minta penduduk, Ahli Jawatankuasa, ketua kampung mainkan peranan mereka.

"Saya pasti mereka ini mengambil berat dan sedia untuk memberi kerjasama kepada pihak PBT dalam kerja memantau agar hasil sesuatu projek itu berbaloi dengan wang yang diperuntukkan," ujarnya.

Beliau turut ditemani Ahli Jawatankuasa JPK-PBT, Jenice Lee, Adun Teluk Datuk, Philip Tan Choon Swee, Penolong Jurutera Kanan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Khairul Darini serta wakil penduduk setempat.

Rombongan pagi ini berkesempatan membuat tinjauan kerja-kerja menurap semula Jalan 7, Taman Ria pada Julai tahun lepas dengan kos RM10, 240.

Selain itu, rombongan turut meninjau kerja-kerja menambak dan memadat 'Crusher Run' di Jalan Felcra, Jalan Jambu Air dan Jalan Getah di Kampung Jenjarom yang dilaksanakan pada Ogos 2011 dengan peruntukan berjumlah RM 19, 700.

Hasil tinjauan mendapati tiada pemantauan dilakukan ketika kerja-kerja menambak berjalan di Kampung Jenjarom menyebabkan timbul persoalan samada pihak kontraktor benar-benar menepati syarat kontrak.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Jenjarom, Misnan Ahmad 60, yang turut menyertai tinjauan berkata beliau dan penduduk berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri melalui MARRIS.

"Bagaimanapun, seperti disarankan, kami bersedia memberi kerjasama pada masa akan datang untuk melakukan pemantauan bagi memastikan segalanya lancar," jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads