ads

Khamis, 25 Oktober 2012

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


*Urban Mommy* safiyyah osman: Berhati raya <b>di sepang</b> <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 04:11 PM PDT

Kali ni hari raya haji aku xdapar balik.kalau tidak memang nak balik.nak balik 21hb haritu..dah plan nak duduk sampai 31hb..

Sekali husband ajak p bandung.terus berubah semua plan.xjadi balik 21hb...tapi akan balik pada 30hb lepas balik pada bandung.

Sedihhhh...sebab melepas la nak makan sup gearbox dengan sup tulang mak.

Selalu kalau balik,aku akan follow ayah dengan mak sarimah p rumah orang yang buat open house...makan sup daging,sup geaebox,sup tulang.

Dapat makan jeli2 dalam kaki lembu tu..sluuuuurrrrrrppppp...sedapnyaaaaaa..

Tapi...melepas... :(

Pada yang balik kg,selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya korban.

Makan daging ingat- ingat ler ai k..hehhee

Tata.

[MOTO GP] ZULFAHMI KHAIRUDDIN LAKAR SEJARAH <b>DI SEPANG</b>

Posted: 21 Oct 2012 06:58 PM PDT

Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berjaya menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekaligus melakar sejarah baru sukan lumba motosikal negara apabila menduduki tempat kedua semalam dalam saingan Moto3. Jika tidak kerana kesilapan pada dua selekoh terakhir, pastinya pelumba berusia 21 tahun ini muncul juara di hadapan 77,000 penyokong-penyokong tempatan.

Pelumba Air Asia SIC Ajo ini mencatatkan 40 minit 54.151 saat dibelakang pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese yang mencatatkan masa 40:54.123s manakala Jonas Folger meraih kedudukan ketiga dengan catatan 40:54.370s. Terdahulu, Sandro Cortese berjaya mengesahkan kejuaraan dunia bagi saingan Moto3 tahun ini dengan pungutan 280 mata keseluruhan.

Dalam perlumbaan semalam, Zulfahmi memulakan perlumbaan di petak pertama namun berjaya dipintas oleh Jonas Folger seawal pusingan pertama yang memimpin perlumbaan sehingga ke pertengahan saingan. Namun, di pusingan ke-11, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu berjaya memotong Folger sehingga ke pusingan terakhir, Cortese berjaya  memanfaatkan kesilapannya pada dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat.

"Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya," kata Zulfahmi Khairuddin selepas perlawanan semalam.

"Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh."

"Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi."

"Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang," kata Zulfahmi yang turut menyambut hari jadi kelmarin.

Sementara itu, Sandro Cortese yang sudahpun dinobatkan selaku juara dunia Moto3 mengakui berada sedikit sedih kerana terpaksa merosakkan kegembiraan pelumba negara, Zulfahmi dalam perlumbaan semalam.

"Selepas memenangi perlumbaan itu, saya memang berasa sedih kerana tidak membenarkan Fahmi memenangi perlumbaan di tempatnya sendiri. Jadi, saya mahu memohon maaf kepada Fahmi," kata Cortese di sidang media yang semalam.

"Kemenangan hari ini memberikan saya lebih keyakinan untuk menghadapi baki dua perlumbaan (musim ini). Saya pasti kami boleh menyinar di Australia dan Valencia," kata pelumba kelahiran Jerman itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • zulfahmi khairuddin
  • motogp sepang 2012
  • kedudukan mata motogp 22/10/2012
  • sepang moto gp 2012
  • muhammad zulfahmi motogp 2012
  • muhammad fahmi khairuddin
  • motogp zulfahmi
  • moto gp 2012 zul fahmi
  • Zulfahmi Khairuddin menaiki podium
  • zulfahmi khairuddin moto3 2012 di litar sepang

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved