ads

Khamis, 8 November 2012

12 di selayang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Projek pembangunan condo <b>di Batu Caves</b> masih belum ada kata <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 03:56 AM PDT

KUALA LUMPUR , Okt 29 : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo hari ini menyarankan Majlis Perbandaran Selayang  (MPS) dan Yang Di Pertuanya untuk mengkaji semula projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves yang telah mencetuskan pelbagai  kontoversi.

Beliau juga berkata,  tidak sesuai untuk membina bangunan bertingkat tinggi di Batu Caves yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai dan mencadangkan pihak MPS mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan Kuil Batu Caves terlebih dahulu sekiranya mahu membangunkan sebarang projek pembangunan di Batu Caves .

" Ini merupakan satu isu yang sensitif dan semua pihak bertanggungjawab perlu membatalkan segera projek pembangunan tersebut dan bukannya menjadikanya sebagai satu isu politik secara berterusan dengan mengadakan bantahan dan demontrasi.

Persoalanya ,kenapa projek tersebut diluluskan serta diteruskan dan bukanya siapa yang bertanggungjawab  meluluskan pelan pembangunanya.

Kerajaan mempunyai kuasa untuk membatalkanya dan ini bukan masanya untuk menuding jari antara satu sama lain bagi meraih keuntungan politik" katanya kepada The Malaysian Times (TMT) ketika dihubungi hari ini

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pembentukan satu pasukan petugas khas bebas untuk menangani isu tersebut yang merangkumi aspek pembinaan bangunan tersebut.

KOMEN RONNIE LIU

Manakala , Exco Tempatan , Kajian dan Penyelidikan  , Ronnie Liu berkata  Kerajaan Negeri mengarahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merujuk isu tersebut ke Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) bagi tindakan lanjut.

Ronnie Liu ketika dihubungi berkata, SPC akan melakukan kajian terperinci yang dijangka mengambil masa kira-kira sebulan untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, sekiranya kajian menunjukkan bahawa kesan buruk akan berlaku jika projek itu diteruskan, maka pembinaannya akan dihentikan serta-merta.

"Jika kajian ini mendapati kesan buruk akan berlaku apabila pembinaan ini diteruskan, maka kelulusan "Kebenaran Merancang" akan terbatal. Kerajaan Negeri juga tidak akan dibebani dengan perlu membayar pampasan," katanya.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu mula menerima bantahan daripada pihak jawatankuasa kuil.

Ekoran itu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves baru-baru ini bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Sementara itu, ketika mengulas dakwaan pemimpin Gerakan, Senator A Kohilan Pillay yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut, Ronnie menegaskan ia sama sekali tidak berasas.

Beliau menyifatkan penjelasan oleh Kohilan itu sebagai satu pembohongan kerana bekas ahli majlis MPS itu berlakon tidak tahu tentang projek kondo berkenaan.

"Penjelasan oleh Kohilan mengatakan 'kebenaran merancang' adalah bukan kelulusan melaksanakan sama sekali mengarut. Mana ada perkara kelulusan melaksanakan seperti yang dikatakan oleh Kohilan. 'Kebenaran merancang' adalah kelulusan kepada pemaju untuk membina projek tersebut.

"Mana boleh dia tidak tahu? Mana boleh dia kata pemaju hanya mengatakan akan membina lot kedai sahaja di sini. Saya ada pelan yang dengan jelas menyatakan tentang pembinaan kondo," katanya lagi.

Dalam sidang media kelmarin, Ronnie mendedahkan dokumen lengkap 'kebenaran merancang' yang diluluskan pada 30 November 2007 selepas persidangan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

Selain itu, turut disertakan bersama kelulusan tersebut ialah pelan pembinaan termasuk lokasi lot kedai dan kondo oleh pemaju yang dikemukakan kepada pihak MPS.

Batalkan projek

Sementara itu, ketika dihubungi TMT hari ini, Pengerusi Kuil Batu Caves Datuk R. Nadarajah berkata , projek pembangunan tersebut perlu dihentikan.

" Pengurusan Kuil tetap dengan pendirian kami iaitu projek tersebut perlu dihentikan demi keselamatan ", katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved