ads

Khamis, 8 November 2012

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Ada <b>Di</b> Kalangan PKR Tidak Setuju Aziz Bari Bertanding <b>Di</b> Sabak <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 04:59 AM PDT

AIDCNews – 29/10/12 – Terdapat perwakilan PKR Bahagian Sabak Bernam tidak bersetuju dengan keputusan parti meletakkan Profesor Dr Abdul Aziz Bari bertanding atas tiket PKR di kawasan parlimen itu dakwa Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam, Datuk Warno Dogol.

Warno bercakap kepada Antarapos berkata maklumat bantahan itu disampaikan kepadanya oleh ahli perwakilan PKR sendiri baru-baru ini.

Abdul Aziz menerusi kiriman emel kepada Antarapos semalam sekali lagi mengesahkan bahawa beliau akan diketengahkan sebagai calon PKR di parlimen Sabak Bernam, tempat kelahirannya.

"Benar saya akan bertanding, saya sekarang adalah ahli politik sepenuh masa. Saya telah ditunjuk untuk mewakili PKR di kawasan parlimen Sabak Bernam.

"Walaupun itu belum rasmi, saya telah turun ke kawasan yang secara kebetulan adalah kampung halaman saya," ujarnya.

Aziz Bari pernah mencetus kontroversi apabila beliau mengkritik tindakan Sultan Selangor bersabit pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas bangunan milik Gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Pada mulanya Aziz Bari tidak mahu menyertai politik, namun perkembangan terkini menyebabkan dirinya terpaksa terjerumus ke kancah politik.

Parlimen Sabak Bernam mempunyai empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang dan Sekinchan.

Tiga daripada empat kerusi DUN tersebut disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Ideris @ Raja Idris Raja Ahmad (Sungai Air Tawar) dan Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang) – masing-masing menewaskan calon PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

Manakala kerusi DUN Sekinchan dipegang ahli DAP, Ng Sue Lim.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) menang dengan mempertandingkan Datuk Abdul Rahman Bakri sebagai Ahli Parlimen Sabak Bernam mengalahkan Dr Badrulamin Bahron (PKR).

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Dr Mohamad Khir Toyo tidak terkejut dengan pencalonan Aziz Bari sebagai calon PKR di parlimen itu.

"Kita memang sudah tahu perkara ini lama dah, poster pun sudah naik. Nak kata tidak terjejas langsung tu, tapi Insyallah tidak akan tewas kepada Pakatan.

"Barisan Nasional masih boleh kekal lagi di Sabak Bernam sebab BN bekerja kuat di situ, jadi saya rasa tidak masalah," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved