Jumaat, 14 Disember 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>di Kuala Langat</b>, Petaling | MyNewsHub

Posted: 29 Oct 2012 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di Kuala Langat dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara antara 5 hingga 11 November ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan air sementara itu disebabkan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor Syabas.

"Beberapa kawasan di Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air bersih pada 5 November 2012 bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan hari.

"Gangguan bekalan ini disebabkan kerja-kerja penggantian Injap Kupu-kupu 600mm Diameter di Brooklands, Sungai Manggis, Kuala Langat," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, kira-kira 4,347 akaun pengguna dijangka terjejas akibat daripada kerja-kerja penggantian injap kupu-kupu berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, beberapa kawasan di Petaling dijangka mengalami gangguan serupa pada 11 November 2012 bermula pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan hari.

Menurutnya, gangguan bekalan air bersih disebabkan kerja-kerja Penggantian Injap Kupu-kupu 600MM Diameter di Jalan Templer dan sebanyak 15,163 akaun pengguna dijangka terjejas.

Justeru, katanya, orang di kawasan terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air yang mencukupi serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. – mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads