Jumaat, 14 Disember 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Kasi tunjuk laa pelabur <b>di Negeri Selangor</b>! - Suara Lensa

Posted: 08 Oct 2012 07:13 AM PDT

 Alahai Pakatan Rakyat...
Cakap di Selangor Pakatan Rakyat 'BERJAYA' tarik ramai pelabur?
Sekarang Noh Omar cabar kasi senaraikan pelabur asing tu.

Adakah syarikat-syarikat atau kilang-kilang ini sudah beroperasi di Selangor hari ini?

"Saya mengambil contoh, ada 129 kilang, hari ini saya difahamkan telah meningkat kilang yang sepatutnya telah beroperasi tetapi sehingga ke hari ini kilang ini tidak boleh beroperasi. Tidak boleh nak mula pun pembinaannya.

Jika mereka dah mula bina tahun lepas, tahun 2014 ini atau dalam masa dua hingga tiga tahun dibina, kilang ini akan memberi peluang pekerjaan baru kepada 12000 orang rakyat Selangor tetapi kilang ini, betul ia nak melabur RM3.8bilion, pelaburan yang hendak dibuat tetapi sampai hari ini kilang ini tidak dapat beroperasi, development order tak boleh bagi sebab air tidak ada," ujarnya dalam interbiu eklusif bersama UMNO-Online baru-baru ini.

Tambahnya, bila air tidak ada, manakala Syabas pula tidak boleh memberi jaminan ada air. Bayangkan, apa akan jadi dengan masa depan negeri Selangor. Bila tidak ada pelaburan baru berlaku kerana air tidak ada, peluang pekerjaan akan tertutup, maka pengangguran akan banyak di negeri Selangor.

"Pelabur asing tak boleh nak masuk, maka pendapatan rakyat negeri Selangor akan menurun. Pengeluaran tinggi, pendapatan menurun, jadi ke mana arah tuju negeri Selangor. Akhirnya negeri Selangor yang maju ini akan lebih teruk dari negeri Kelantan. Itu sebagai contoh.

Tetapi kerajaan negeri ini tak mengaku salah. Mereka menyalahkan Syabas sebaba tidak ada air, kita kata buat loji Langat 2, tetapi mereka kata loji Langat 2 ini tidak perlu buat, kena buat penstrukturan semula," tambahnya.

Ujarnya, loji Langat 2 ini tidak ada kena-menggena dengan isu penstrukturan semula ini. Mengapa nak dikaitkan?

"Loji Langat 2 ini untuk membekalkan air kepada rakyat Selangor. Kalau tidak lama-lama nanti tidak ada air. Macam-macam alasanlah dia bagi, dia kata kalau buat loji Langat ini nanti kroni BN akan dapat projek berbilion membinanya. Kita dah buat pengumuman, tidak ada kroni, terder terbuka. Jadi masuklah," tambahnya lagi. -Petikan blog Sahabat Gunung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads