Jumaat, 28 Disember 2012

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Maut Langgar Tembok Konkrit <b>Di Puchong</b>

Posted: 22 Dec 2012 05:35 PM PST

PUCHONG – Seorang buruh binaan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dipercayai gagal dikawal sebelum terlanggar tembok konkrit di Lebuhraya Damasansara Puchong (LDP), di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari tempat kerjanya di sebuah tapak binaan stesen aliran ringan (LRT) ke rumahnya di Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya.

Menurutnya, motosikal mangsa kemudian dipercayai terlanggar konkrit bahu jalan di kilometer 241 Lebuhraya LDP menyebabkannya tercampak ke tengah laluan lebuh raya.

"Mangsa, Dharamjeet Singh Balwant Singh, 28, maut serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya," katanya.

Abd Razak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Inspektor Mohd Alfian Mohd Zainal di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di tempat kejadian mendapati lebuh raya sesak sepanjang lebih dua kilometer apabila dua laluan terpaksa ditutup sementara sebelum mayat mangsa dialihkan.

Sikap orang ramai yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian menyebabkan keadaan menjadi lebih sesak di laluan menuju ke Putrajaya itu pagi semalam.

Apa Komen Anda Mengenai Berita Ini?? Mari Kongsikan Bersama Kami Dengan Meninggalkan Pendapat & Kritikal Bernas Anda Di Ruangan Komen.

Search terms:

,,23-12-2012 accident di jalan puchong,berita harian mati langgar tembok puchong,dharamjeet accident at puchong,berita harian mati langgar tembuk puchong 22 december,kemalangan di LDP 23 disember 2012 Dharamjeet singh,berita harian mati terlanggar tembuk 22 december,berita harian mati tembok puchong,berita harian dharamjit maut,berita harian 23-12-2012 kemalangan di jln puchong,kemalangan maut di puchong 23 disember 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads