Jumaat, 28 Disember 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Jadikan Program TUNAS Untuk Tarik Minat Pengundi Muda Pada PR

Posted: 13 Dec 2012 10:39 AM PST

14 12 2012

Shah Alam, 13 Dis    :    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang adalah merupakan medan bagi golongan muda 20121213_100118untuk memilih Kerajaan, kerana mereka adalah merupakan pengundi yang bebas untuk mengekses pelbagai maklumat daripada sumber yang banyak sebelum membuat keputusan dikertas undi.

Oleh itu katanya, Program Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini adalah merupakan salah satu cara untuk kita mendekati golongan muda, kerana kebanyakan ibubapa pelajar-pelajar tadikan adalah merupakan golongan muda yang terpelajar dan terbuka mindanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di dalam program Majlis Penyerahan Cek Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan India (SJKT) yang diadakan di Ballroom Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah di Shah Alam.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selat Klang itu juga berkata, untuk peruntukan daripada belanjawan 2013 akan datang Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM4 juga untuk SJKC dan SJKT, manakala bagi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan pula diperuntukkan sebanyak RM2 juga manakala RM6 juga diperuntukkan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Di majlis yang sama beliau turut menjelaskan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi tahun 2013 akan dimulakan awal berbanding tahun-tahun sebelumnya, promosi akan dilakukan pada bulan Januari manakala kelas akan dimulakan pada awal Februari.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah ADUN-ADUN dan Pegawai Penyelaras DUN seluruh negeri Selangor, termasuk DUN Sungai Burong yang diwakili oleh Pengurusnya, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

Bagi DUN Sungai Burong sebanyak 2 buah sekolah telah menerima peruntukan bagi fasa kedua iaitu, SJKC Yit Khwan menerima RM10,000 manakala SJKC Bagan Pasir menerima RM9,000.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads