ads

Khamis, 10 Januari 2013

12 di cheras - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Dua Kereta Mewah Hilang <b>Di Cheras</b> Ditemui Di JB | MyNewsHub

Posted: 09 Jan 2013 02:26 AM PST


KUALA LUMPUR – Dua kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI yang dilarikan dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Sabtu lepas, ditemui semula di Johor Baharu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kereta Volkswagen Golf GTI itu ditemui di hadapan Tesco, Skudai manakala kereta Audi TT ditemui di Taman Seri Austin, kira-kira 40km dari Tesco berkenaan.

"Kereta Volkswagen Golf GTI ditemui dalam keadaan tidak berkunci manakala kereta Audi TT ditemui dengan nombor pendaftaran Singapura dan berkunci," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata polis percaya kedua-dua kes itu didalangi suspek utama kes kehilangan kereta mewah jenis Porche Panamera di Bukit Bintang Oktober lepas.

"Meskipun suspek dibebas dengan ikat jamin polis berhubung kes lepas, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya itu," katanya.

Sehubungan itu, polis kini memburu suspek utama Mohd Azri Mohd Kassim, 32, dan dua rakannya Abdul Raof Abdul Aziz, 44, dan Damanhuri Mohamad, 36.

Abdul Raof dan Damanhuri mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kereta dan samun, katanya.

Ku meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu supaya menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau hotline polis Kuala Lumpur (Rakancop) di 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved