Rabu, 16 Januari 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Bekas Pengerusi Tetap PAS Tanjong Karang Kembali Kerahmatullah

Posted: 10 Jan 2013 01:04 AM PST

10 01 2013

ajk-kamaruddin01Batu 12, 10 Jan    :    Bekas Pengerusi Tetap PAS Tetap PAS Tanjong Karang, Haji Kamaruddin Morni, 79, telah kembali kerahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN), setelah menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

Allahyarham yang menyertai PAS pada tahun 1978 pernah menyertai Umno pada tahun 1953 dan pernah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor. Allahyarham juga pernah bertanding sebagai calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dalam Piliha Raya Umum tahun 1978 menentang calon Barisan Nasional (Bn) Datuk Kamaruzaman Ahmad.

Sepanjang terlibat dalam PAS Allahyarham telah mencatat sejarah sebagai Pengerusi Tetap PAS Kawasan Tanjong K20130110_005702arang selama 33 tahun mulai tahun 1978 sehinggg beliau melepaskan jawatan pada tahun 2011. Allahyarham juga merupakan pengasas dan Ketua PAS Cawangan Batu 12 pada tahun 1982 dan masih memegang jawatan sebagai Ketua PAS Cawangan berkenaan sehingga sekarang.

Allahyarham yang bekerja sendiri sebagai seorang ahli perniagaan telah meninggalkan seorang balu, Hajah Rohani Abd Manan dan 4 orang cahayamata serta 9 orang cucu.

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong selepas solat jenzah dirumahnya yang diadakan sebanyak dua kali.

20130110_005655Yang Dipertua PAS (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Timbalan YDP, Drs Mohamad Rashdi Deraman, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman adalah antara Pimpinan PAS Tanjong Karang yang hadir memberi penghormatan terakhir.

PAS Tanjong Karang kehilangan seorang tokoh yang sentiasa komited dengan parti dan merupakan seorang pimpinan yang rendah diri. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin, kata Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang telah hadir kerumah Allahyarham sebaik sahaja Mesyuarat Bulanan DPP Kawasan diketuai oleh Ketuanya, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud dan turut mengadakan tahlil ringkas. Al-Fatihah

Biodata Allahyarham Haji Kamaruddin Morni

<b>Sungai Burong</b> Tuan Rumah Mini Karnival Jelajah TUNAS Selangor <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 12:41 AM PST

1996_412981425444877_1079800777_nTanjong Karang, 5 Jan    :    Mini Karnival Jelajah TUNAS Selangor peringkat Daerah Kuala Selangor telah diadakan di Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali.

Daerah Kuala Selangor adalah daerah keenam yang mengadakan program TUNAS tersebut, dalam program tersebut pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan mewarna, persembahan pelajar, senam robik dan "15 Minute Reading Breake".

Pelajar dan ibubapa juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada bekas vokalis kumpulan UNIC, Hafiz Hamidon dan perunding motivasi, Ustaz Akhwan Afandi, yang turut memberikan motivasi kepada peserta yang hadir.
74578_412967775446242_281072348_n
Beberapa agensi Kerajaan Negeri turut mengadakan pameran semasa program tersebut seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mikrokredit, selain gerai jualan buku daripada PTS, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Kuala Selangor dan sebagainya.

Dalam majlis tersebut seramai 171 orang pelajar pra sekolah dari lima DUN di Daerah Kuala Selangor telah menyertai program tersebut iaitu Sungai Burong (75 orang), Permatang (23 orang), Bukit Malawati (28 orang), Jeram 37 (orang) dan Ijok (8 orang).

385368_412971478779205_1165919681_nHadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pegawai Penyelaras DUN Jeram, Muhd Rashid Kassim, Pegawai Penyelaras DUN Permatang  Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Pengurus DUN Ijok, Haji Abd Rahman Moharam, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Muhamad Jaafaruddin Sheik Daud, Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1A dan 1D Tanjong Karang, Abd Malek Abdul Majid dan Sharan Mohd Salleh.

Manakala Norazman Serin, Haji Sujak Arshad, Mad Janal Nawawi,  Saipuddin Ismail, Ustaz Hairon Dahlan Musa Hussein, Esa Ramli, Haji Mustapa Abd Karim, Haji Juhari Satiran, Haji Miskon Misani, Tasimin Pormin, Mat Tekor Jalil dan Md Yatim Mohd Said adalah antara Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads